1. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan

Seseorang yang dikatakan kaya tetapi tiada bukti yang menunjukkan kekayaannya
 

3. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang baru kahwin jangan ditandangi

Seseorang yang baru mendapat kesenangan dan kekayaan jangan diganggu kerana mungkin akan mengganggu kesenangannya
 

2. Ombak yang kecil jangan dilalai

Jangan dipandang ringan walau sekecil manapun bahaya yang mendatang kerana mungkin boleh mendatangkan kecelakaan besar
 

4. Orang pindah-pindahan, tanaman tak dapat dirasa

Seseorang yang kerap bertukar kerja tidak akan menikmati faedah daripada pekerjaannya
 

 
 
 
 
5. Orang bodoh boleh diajar, orang bebal hilang bicara

Seseorang yang bodoh masih ada harapan untuk menerima ajaran tetapi berbeza dengan orang yang bebal yang langsung tidak dapat menerima ajaran
 

7. Orang buta diberi suluh

Orang yang melakukan perbuatan yang sia-sia
 

6. Orang berbudi kita berbahasa

Apabila orang berbuat baik kepada kita maka kita juga perlulah berbuat baik kepadanya
 

8. Orang kaya jangan diangan, orang miskin jangan dihina

Seseorang yang kaya ada masanya boleh bertukar menjadi miskin dan orang miskin juga boleh menjadi kaya suatu hari nanti
 

 
 
 
 
9. Orang karam di laut, kita karam di darat

Seseorang yang mendapat kesusahan pada tempat yang tidak  patut dia mendapatnya atau orang yang sentiasa bermenung kerana dilamun percintaan
 

10. Orang lain makan nangka,orang lain kena getahnya

Orang lain yang membuat salah tetapi orang lain pula yang menerima tuduhan dan hukuman