151. Bermain air basah, bermain api letup

Setiap pekerjaan adalah akibatnya
 
 

153. Bertemu beliung dengan ruyung

Bertemu lawan orang yang sama padan kekuatannya
 

152. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang

Pertelingkahan sesama adik beradik akhirnya menguntungkan orang luar
 

154. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Membuat pekerjaan secara bermuafakat dan sama-sama menanggung susah senang nya 
 

 
 
 
155. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Betapa susah seseorang melihat kesusahan orang lain, susah lagi orang yang menanggungnya itu
 

157. Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit

Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu akhirnya berjaya juga
 

156. Berbukit di balik pendakian

Ditimpa kesusahan lain selepas menghadapi suatu kesusahan
 

158. Bertemu buku dengan ruas

Sesuatu yang sama padan
 

 
 
 
 
159. Bergantung tak bertali, bersalai tak berapi

Isteri yang ditinggalkan suami tanpa talak dan nafkah
 

160. Berkain sehelai sepinggang

Seseorang yang sangat miskin
 

 
 
 
161. Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

Melakukan pekerjaan dengan berhati-hati dan cermat
 

163. Berapa panjang lunjur, begitu panjang selimut

Mendapat ganjaran yang sepadan dengan usaha yang dilakukan
 

162. Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan

Orang yang terpaksa tunduk kepada perintah isteri atau orang bawahannya
 

164. Bersaksi ke lutut

Menjadi saksi terhadap kaum keluarga sendiri atau meminta petunjuk dari orang yang bodoh
 

 
 
 
165. Bertanam tebu di mulut, bertanam peria di hati

Seseorang yang lemah lembut dan bermulut manis tetapi mempunyai hati yang hasad
 

167. Beraja di mata, bersultan di hati

Orang yang melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati
 

166. Bermuka dua

Orang yang berbuat baik kepada dua orang yang bermusuh untuk faedah sendiri
 

168. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

Bersusah payah dahulu dalam melakukan pekerjaan agar beroleh kesenangan kelak
 

 
 
 
 
169. Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh

Gerak geri dan tutur kata seseorang melambangkan ilmu pengetahuannya atau orang yang bercakap besar tetapi tidak berisi
 

170. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

Tidak mungkin sesuatu percintaan atau perselisihan terjadi dari sebelah pihak sahaja
 

 
 
 
 
171. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya ke belakang kerbau juga

Walau setinggi mana pangkat seseorang akhirnya akan hilang juga atau walau sejauh mana kita pergi akhirnya akan kembali juga ke tempat asal
 

173. Berlindung di sebalik telunjuk

Rahsia yang tidak dapat disembunyikan lagi
 
 

172. Berapa panjang sarung, begitulah panjang kerisnya

Tingkah laku seseorang mencerminkan kedalaman ilmu pengetahuannya
 
 

174. Bertemu birah dengan keladi

Bertemu jodoh lelaki dan perempuan yang sama padan jahatnya
 

 
 
 
175. Berendam di tempayan pekasam

Orang lelaki yang berseronok di tempat perempuan jahat
 

177. Berkubu sebelum kalah

Beringat sebelum datang sesuatu kesusahan
 

176. Berjauhan terasa hilang, bercerai terasa mati

Sepasang kekasih yang tidak dapat berenggang
 

178. Berkayuh sampan bocor

Kehidupan seseorang yang sentiasa dalam kecemasan dan kesusahan
 
 

 
 
 
 
179. Berseru di tengah padang

Orang susah yang meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang membantu
 

180. Besar ikan hendaklah besar umpannya

Untung yang besar berkehendakkan modal yang besar juga
 

 
 
 
 
181. Besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak

Seseorang tidak boleh dinilai dari sifat zahirnya
 

183. Buah yang manis berulat di dalam

Seseorang yang lemah lembut dan bermulut manis tetapi mempunyai hati yang hasad
 

182. Besar kapal besarlah gelombang

Semakin tinggi kedudukan jawatan seseorang, semakin besarlah tanggungjawabnya
 

184. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Janganlah sampai berlebih-lebihan dalam membuat kebaikan dan jangan sekali-kali melakukan kejahatan
 

 
 
 
185. Buang kuali ambil belanga

Lelaki yang menceraikan isterinya dan berkahwin pula dengan perempuan yang berperangai buruk
 

187. Bukit jadi paya, paya jadi bukit

Nasib seseorang yang tidak sentiasa sama, adakalanya baik dan adakalanya tidak
 

186. Buang yang keruh ambil yang jernih

Hapuskan persengkitaan yang lalu, lupakan perkara yang tidak baik dan ambil yang baik
 

188. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Membuat pekerjaan secara bermuafakat dan sama-sama menanggung susah senang nya 
 

 
 
 
 
189. Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati

Jangan masuk campur urusan orang lain
 

 
190. Bulat air kerana pembetung, bulat kata oleh muafakat

Kata persetujuan sesama ahli hanya akan tercapai dengan adanya permuafakatan
 

 
 
 
 
191. Bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya

Kata-kata yang bukan merupakan khabar angin kerana diperolehi dari sumbernya
 

193. Burung terbang dipipiskan lada

Sesuatu yang belum pasti dapat sudah dibuat persiapan untuk menyambutnya
 

192. Bumi mana yang tak ditimpa hujan

Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan
 

194. Bagai anjing menyalak di ekor gajah

Orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa
 

 
 
 
195. Bagaimana ditanam begitulah yang tumbuh

Setiap perbuatan ada balasannya, yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat
 

197. Bagai pelanduk dua serupa

Dua orang yang sangat bersamaan rupanya
 

196. Bagai lidah biawak

Selalu berubah-ubah dan tidak boleh dipercayai kata-katanya 
 

198. Baik berjagung sementara padi belum masak

Sementara menunggu barang yang besar dan baik, barang yang kurang baikpun boleh digunakan
 

 
 
 
 
199. Bila meminta lembut gigi dari lidah

Orang yang berkehendakkan sesuatu akan berkelakuan lemah lembut
 

200. Besar pasak dari tiang

Orang yang berbelanja lebih besar daripada pendapatannya