101. Bagaimana tepuk begitulah tarinya Seseorang yang melakukan sesuatu perkara sebagaimana yang dikehendaki
Seseorang yang melakukan sesuatu perkara sebagaimana yang dikehendaki
103. Bagai timun dendang, di luar merah di dalam pahit Orang yang hanya kelihatan baik pada zahirnya sahaja
Orang yang hanya kelihatan baik pada zahirnya sahaja
102. Bagai tikus membaiki labu Orang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya yang hanya akan semakin merosakkannya
Orang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya yang hanya akan semakin merosakkannya
104. Bagai tulisan di atas air Tunjuk ajar yang sia-sia dan tidak memberi kesan
Tunjuk ajar yang sia-sia dan tidak memberi kesan
105. Bagai talam bermuka dua Orang yang berbuat baik kepada dua orang yang bermusuh untuk faedah sendiri
Orang yang berbuat baik kepada dua orang yang bermusuh untuk faedah sendiri
107. Bagai umang-umang bangkai Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam
Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam
106. Bagai udang dalam tangguk Terlompat-lompat kerana kesukaan atau meronta-ronta kerana kesakitan
Terlompat-lompat kerana kesukaan atau meronta-ronta kerana kesakitan
108. Bagai unta menyerah diri Orang salah yang mengaku kesalahannya
Orang salah yang mengaku kesalahannya
109. Bagai sikudung mendapat cincin Orang yang mendapat kesenangan tetapi tidak tahu menikmatinya dan tidak berfaedah bagi dirinya
Orang yang mendapat kesenangan tetapi tidak tahu menikmatinya dan tidak berfaedah bagi dirinya
110. Bagai minum air bercacing Orang yang enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan
Orang yang enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan
111. Bagai kacang lupakan kulit Seseorang yang lupa akan asalnya atau melupakan orang yang pernah menolongnya setelah mengalami kesenangan
Seseorang yang lupa akan asalnya atau melupakan orang yang pernah menolongnya setelah mengalami kesenangan
113. Bagai rusa masuk kampung Tercengang-cengang dan hairan
Tercengang-cengang dan hairan
112. Bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap Membuat pekerjaan yang membawa kepada kerugian akibat berbelanja berlebih-lebihan
Membuat pekerjaan yang membawa kepada kerugian akibat berbelanja berlebih-lebihan
114. Baru bertatih sudah hendak berlari Melakukan pekerjaan yang di luar upaya sehingga membahayakan diri sendiri
Melakukan pekerjaan yang di luar upaya sehingga membahayakan diri sendiri
115. Bahaya tumbuh sengkita habis Semua persengkitaan yang berlaku sesama sendiri perlu dihapuskan apabila sesuatu bahaya besar akan melanda
Semua persengkitaan yang berlaku sesama sendiri perlu dihapuskan apabila sesuatu bahaya besar akan melanda
117. Baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Hidup biar merendah diri dan jangan sombong walaupun kita orang kaya dan berpangkat
Hidup biar merendah diri dan jangan sombong walaupun kita orang kaya dan berpangkat
116. Bakarlah air, ambil abunya Benda yang mustahil boleh didapati
Benda yang mustahil boleh didapati
118. Bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru? Sesuatu rahsia besar tidak akan dapat disembunyikan
Sesuatu rahsia besar tidak akan dapat disembunyikan
119. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamnya Setiap orang mempunyai kemahuan yang berbeza antara satu sama lain
Setiap orang mempunyai kemahuan yang berbeza antara satu sama lain
120. Bangsa telinga nipis Orang yang cepat marah apabila mendengar perkataan yang menyakitkan hati
Orang yang cepat marah apabila mendengar perkataan yang menyakitkan hati
121. Bangau, bangau, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging Rasa iri hati melihat kelebihan orang lain
Rasa iri hati melihat kelebihan orang lain
123. Barang tergenggam jatuh terhempas Apa yang sudah diperolehi hilang begitu sahaja
Apa yang sudah diperolehi hilang begitu sahaja
122. Bapak borek anak rintik Seseorang anak akan mewarisi kelakuan orang tuanya
Seseorang anak akan mewarisi kelakuan orang tuanya
124. Batu yang selalu bergolek tak akan mengumpulkan lumut Orang yang sering bertukar kerja sukar untuk mengumpul kekayaan atau orang yang banyak ilmu dan luas pergaulan sukar untuk ditipu
Orang yang sering bertukar kerja sukar untuk mengumpul kekayaan atau orang yang banyak ilmu dan luas pergaulan sukar untuk ditipu
125. Bau malaikat terhempas Bau yang sangat harum
Bau yang sangat harum
127. Biawak kudung masuk kampung Pencuri yang sudah dikenali ramai dengan sifat jahatnya itu
Pencuri yang sudah dikenali ramai dengan sifat jahatnya itu
126. Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan baik-baik supaya tidak menyesal kelak
Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan baik-baik supaya tidak menyesal kelak
128. Biduk lalu kiambang bertaut Perselisihan yang berlaku di antara sanak saudara selalunya tidak akan berpanjangan dan akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
Perselisihan yang berlaku di antara sanak saudara selalunya tidak akan berpanjangan dan akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
129. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju? Pekerjaan yang dilakukan tanpa kepandaian sukar untuk berhasil
Pekerjaan yang dilakukan tanpa kepandaian sukar untuk berhasil
130. Biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai berai Sesuatu perusahaan yang bankrap akibat ketuanya meninggal dan pekerjanya mulai kucar kacir
Sesuatu perusahaan yang bankrap akibat ketuanya meninggal dan pekerjanya mulai kucar kacir
131. Biduk satu nakhoda dua Sesuatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang atau seorang perempuan yang menduakan suaminya
Sesuatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang atau seorang perempuan yang menduakan suaminya
133. Bilang dari sa, mengaji dari alif Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan menurut tertib
Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan menurut tertib
132. Biduk upih pengayuh bilah Tidak berdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berat
Tidak berdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berat
134. Binatang tahan palu, manusia tahan kias Mengajar binatang dengan dipukul tetapi mengajar manusia dengan berkias sahaja
Mengajar binatang dengan dipukul tetapi mengajar manusia dengan berkias sahaja
135. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipaksa meletak jawatan
Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipaksa meletak jawatan
137. Biar lambat asal selamat, tak akan lari gunung dikejar Membuat sesuatu pekerjaan eloklah dengan cermat dan berhati-hati
Membuat sesuatu pekerjaan eloklah dengan cermat dan berhati-hati
136. Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengiau juga Orang yang biasa berbuat jahat, sukar untuk mengubah kelakuannya ke mana sahaja dia pergi
Orang yang biasa berbuat jahat, sukar untuk mengubah kelakuannya ke mana sahaja dia pergi
138. Biar titik jangan tumpah Biar menanggung kerugian kecil daripada menanggung kerugian besar
Biar menanggung kerugian kecil daripada menanggung kerugian besar
139. Biar berkelahi dahulu jangan berkelahi kemudian Biarlah berbantah dahulu dalam membuat sesuatu pekerjaan supaya kemudian hari tidak akan berbangkit perkara yang membawa akibat yang buruk
Biarlah berbantah dahulu dalam membuat sesuatu pekerjaan supaya kemudian hari tidak akan berbangkit perkara yang membawa akibat yang buruk
140. Biar mati anak jangan mati adat Pegangan yang kuat kepada adat agar adat tidak dicabuli
Pegangan yang kuat kepada adat agar adat tidak dicabuli
141. Biar terjual nyawa, jangan terjual nama Sedia menghadapi segala kemungkinan asalkan nama tidak tercemar
Sedia menghadapi segala kemungkinan asalkan nama tidak tercemar
143. Belum menetas sudah dibilang Mengharap-harap sesuatu yang belum tentu pasti berjaya dimiliki
Mengharap-harap sesuatu yang belum tentu pasti berjaya dimiliki
142. Biar berputih tulang jangan berputih mata Sedia menentang dan mempertahankan hak daripada dirampas orang
Sedia menentang dan mempertahankan hak daripada dirampas orang
144. Belalang telah menjadi helang Orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia
Orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia
145. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang Orang yang mengerti dan faham dengan kehendak seseorang
Orang yang mengerti dan faham dengan kehendak seseorang
147. Belakang parang diasah lagikan tajam Orang yang bodoh lama kelamaan akan menjadi pandai kalau diajar
Orang yang bodoh lama kelamaan akan menjadi pandai kalau diajar
146. Belum duduk sudah berlunjur Melakukan pekerjaan yang di luar upaya atau tidak menurut aturan sehingga membahayakan diri sendiri
Melakukan pekerjaan yang di luar upaya atau tidak menurut aturan sehingga membahayakan diri sendiri
148. Belah dada lihatlah hati Menunjukkan perkara yang dinyatakan itu adalah benar
Menunjukkan perkara yang dinyatakan itu adalah benar
149. Belum beranak sudah berbesan Menghebahkan pekerjaan yang belum dilakukan dan belum tentu jayanya
Menghebahkan pekerjaan yang belum dilakukan dan belum tentu jayanya
150. Belanga kurang senduk pula berlebih-lebih Orang yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara tidak mengambil berat sebaliknya orang lain pula yang lebih-lebih
Orang yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara tidak mengambil berat sebaliknya orang lain pula yang lebih-lebih