51. Bagai hujan jatuh ke pasir

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas budi
 

53. Bagai itik berebut tembolok

Perbalahan merebut benda yang sedikit
 

52. Bagai hantu memakan dedak

Orang yang suka merungut kerana tidak puas hati
 

54. Bagai itik mendapat air

Orang yang terlalu gembira kerana mendapat barang yang diidamkannya
 

 
 
55. Bagai itik pulang petang

Berjalan sangat lambat 
 

57. Bagai ikan kena tuba

Banyak orang sakit atau mati dalam sesebuah kawasan
 

56. Bagai isi dengan kuku

Dua orang yang sangat rapat persahabatan
 
 

58. Bagai jawi terkurung siang

Orang yang tidak dapat berbuat sesuka hati kerana terpaksa tunduk oleh adat 
 

 
 
59. Bagai keli kena ketuk

Orang yang suka merungut 

60. Bagai kelip-kelip terbang malam

Menyembunyikan sesuatu perkara yang sudah diketahui orang

 
 
61. Bagai kera dapat canggung

Orang yang mendapat pertolongan mulai rapat dengan orang yang membantunya
 

63. Bagai kerbau runcing tanduk

Orang yang sudah terkenal kerana kejahatannya
 

62. Bagai kera kena belacan

Orang yang tidak boleh duduk diam
 

64. Bagai kumbang putus tali

Kederasan berlari
 

 
 
65. Bagai kunyit dengan kapur

Sesuatu yang mudah berlaku, cepat mesra atau cepat berpadu
 

67. Bagai kucing dibawakan lidi

Orang yang sangat takut
 

66. Bagai kucing kehilangan anak

Orang yang bingung atau hilang akal
 

68. Bagai kucing dengan panggang

Lelaki dan perempuan yang sering sangat bergaul  yang akan menimbulkan perkara sumbang
 

 
 
69. Bagai kaduk naik junjung

Orang yang hina yang mendapat pangkat maka semakin mengada-ada
 

70. Bagai kain menunjukkan corak rupanya

Budi bahasa seseorang melambangkan keturunannya
 

 
71. Bagai kambing dijunjung

Jeritan seseorang yang sangat penakut
 

 
73. Bagai kacang direndang

Suasana riuh rendah atau seseorang yang bercakap tanpa henti-henti
 

72. Bagai kucing berakkan rambut

Gelisah kerana sesuatu kesusahan
 

74. Bagai kerbau dicucuk hidung

Seseorang yang hanya mengikut kehendak orang lain
 

 
 
75. Bagai langau diekor gajah

Seseorang yang menurut perintah orang besar
 

77. Bagai layang-layang putus teraju

Orang yang hilang tempat bergantung
 

76. Bagai lipas kudung

Bergerak dengan cepat dan cekap membuat kerja
 

78. Bagai lebah mengumpul madu

Kerajinan dan ketekunan seseorang dalam membuat pekerjaan
 
 

 
 
79. Bagai langau mengerumuni bangkai

Suasana riuh rendah dalam sesuatu perkumpulan
 

80. Bagai membandar air ke bukit

Melakukan pekerjaan yang amat sukar dan sia-sia
 

 
81. Bagai menyeret kambing ke air

Orang yang enggan melakukan sesuatu yang disuruh
 

83. Bagai melihat asam

Melihat sesuatu yang amat menarik hati
 

82. Bagai menggantang anak ayam

Melakukan pekerjaan yang amat susah
 

84. Bagai membelah betung

Tidak adil atau berat sebelah
 

 
 
85. Bagai meramas biji cempedak

Orang yang pandai mengelak dirinya daripada tertuduh sama dalam sesuatu kesalahan
 

87. Bagai menghela tali jala

Melakukan pekerjaan dengan amat cermat
 

86. Bagai mengisi takar bocor

Sia-sia memberi nasihat dan pengajaran kepada orang yang bodoh
 

88. Bagai menelan mastika embun

Hilang rasa kemarahan akibat kata-kata lemah lembut atau nasihat
 

 
 
89. Bagai mencari kutu di dalam ijuk

Sukar untuk mencari sesuatu atau seseorang
 

90. Bagai melukut di tepi gantang

Seseorang atau sesuatu perkara yang tidak mendapat perhatian
 

 
91. Bagai menatang minyak yang penuh

Sangat dikasihi dan dijaga dengan sempurna
 

93. Bagai pahat dengan penukul

Orang yang hanya bekerja apabila disuruh
 

92. Bagai meludah ke langit

Melawan atau membantah pihak yang berkuasa hanya akan menyusahkan diri sendiri
 

 
94. Bagaimanapun lurusnya paku, hujungnya berkelok juga

Orang yang jahat, walaupun manis perbualannya tetapi hatinya tetap jahat
 

 
 
95. Bagai panas mengandung hujan

Seseorang yang di dalam kesedihan, walaupun diajak ketawa tetapi masih ternampak kesedihannya itu
 

97. Bagai pungguk merindukan bulan

Seseorang yang amat merindui kekasihnya
 

96. Bagai pelanduk dua serupa

Dua orang yang mempunyai wajah yang hampir sama dan seiras
 

98. Bagai soldadu pulang berbaris

Orang yang kelihatan sentiasa kemas dan bergaya tetapi sebenarnya mempunyai pekerjaan yang berbahaya
 

 
 
99. Bagai sibuta kehilangan tongkat 

Orang yang berada di dalam kesukaran
 

100. Bagai seligi tajam bertimbal

Isteri yang menduakan suami