51. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam
 

Berita angin yang tidak boleh dipercayai
 

53. Angkuh terbawa, tampan tinggal

Orang yang berlagak dengan rupa yang cantik tetapi mempunyai perangai yang buruk

52. Angin berputar, ombak bersabung

Perkara yang rumit dan berkait-kait sehingga sukar untuk diselesaikan
 

54. Anak harimau diajar makan daging

Orang jahat yang diberi muka, semakin menjadi-jadi kejahatannya
 

 
55. Anak-anak  ikan kecil menjadi makanan ikan-ikan besar

Orang-orang kecil selalu di bawah takluk orang-orang besar dan berkuasa

57. Anak kera hendak diajar memanjat

Bersusah payah mengajar orang yang sememangnya ahli dalam sesuatu perkara
 

56. Anak kucing menjadi harimau

Anak orang kebanyakan menjadi orang ternama

 
58. Anak badak jangan dihambat-hambat

Jangan sengaja mencari bahaya
 

 
59. Anak kunci jahat, peti derhaka 

Kesalahan suami yang membawa kepada isteri melawan
 

60. Anak harimau tak akan jadi anak kambing

Orang-orang besar tidak akan hilang kekuasaannya
 
 

 
61. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan

Berbuat baik tidak kena pada tempat, berbudi kepada orang lain sehingga mengabaikan rumah tangga 
 

63. Anjing biasa makan najis, tak makan mencium ada juga

Orang yang biasa dengan sesuatu kejahatan sehingga  sukar untuk dia melupakan kejahatannya itu, sedikit-sedikit akan dilakukannya juga
 

62. Angguk anggek bagai rumput di tengah jalan

Kehidupan seseorang yang sangat miskin
 

64. Anjing kepada orang, raja kepada kita

Walau bagaimana buruk anak sendiri di mata orang lain, tetapi tidak pada ibu bapanya
 
 

 
65. Api itu kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan

Perkara yang bahaya jangan dihampiri walau sekecil mana sekalipun bahaya tersebut agar tidak menjadi kecelakaan
 

67. Apa dikenang kepada beleda, sisik ada tulang pun ada

Jangan rasa bimbang terhadap keupayaan seseorang untuk membuat sesuatu kerana semua persediaan dan kelengkapan telahpun dibuat

66. Api padam puntung berasap

Sesuatu perkara yang sudah selesai tetapi masih diperkatakan lagi

68. Apa gunanya merak menggigal di tengah rimba, kalau di dalam negeri alangkah baiknya

Tidak berguna seseorang yang pandai menunjukkan kepandaiannya terhadap orang yang bodoh

 
69. Apa gunanya bulan terang di tengah rimba
 
 

Tidak berguna seseorang yang pandai menunjukkan kepandaiannya terhadap orang yang bodoh

70. Apa digaduhkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

Jika kedua-dua pihak sudah setuju dan sudah sedia semua kelengkapan, teruskan pertarungan untuk melihat siapa yang handal

 
71. Apalah gunanya memasang dian di tengahari

Perbuatan sia-sia menunjukajar kepada orang  yang sememangnya tahu dalam sesuatu perkara
 

73. Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar

Seseorang yang baik tetapi apabila telah berubah hatinya maka berubahlah sikapnya

72. Apalah kepada kukur, nyiur juga yang binasa

Orang yang menyuruh kita melakukan sesuatu  tidak akan menerima akibat sebagaimana kita yang melakukannya seperti yang disuruh

74. Api memakan kapas

Seseorang yang sememangnya lemah menjadi  semakin sengsara apabila ditimpa kemalangan

 
75. Api didalam sekam

Orang yang melakukan perbuatan jahat dalam diam-diam

77. Arang habis besi binasa, tukang bekerja penat sahaja

Membuat pekerjaan yang sia-sia dan tiada berfaedah

76. Apa guna bunga di taman jika tidak diberi kumbang menyeri

Tidak berguna mempunyai anak perempuan yang cantik tetapi tidak berkahwin apabila dewasa

78. Arang itu hitam juga jika dibasuh dengan air mawar sekalipun

Orang yang jahat jika diajar sekalipun tetap dengan perbuatan jahatnya

 
79. Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

Sesuatu tabiat yang dipusakai turun temurun sukar untuk diubah

80. Asam di darat, ikan di laut,  bertemu juga di dalam belanga

Perempuan dan lelaki, walaupun berjauhan akan bertemu juga akhirnya jika ada jodoh

 
81. Asam di darat, garam di laut,  bertemu juga di dalam belanga

Perempuan dan lelaki, walaupun berjauhan akan bertemu juga akhirnya jika ada jodoh

83. Asal alim bagai katak di tepi air

Seseorang yang banyak ilmu tetapi tidak mendapat faedah dari ilmunya

82. Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk

Asal keturunan seseorang dapat ditentukan dari tingkah laku dan perangainya
 

84. Asal berisi tembolok senang hati

Orang yang mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu hal orang lain
 

 
85. Asal ditugal adalah benih

Sesuatu usaha itu tentulah ada hasilnya
 

87. Asal ulat melupakan daun

Seseorang yang melupakan bantuan  orang yang pernah membantunya ketika susah

86. Asap dan angin janganlah dijaring jala

Jangan dibuat pekerjaan yang sia-sia lebih-lebih lagi jika diketahui pekerjaan tersebut langsung tidak memberi faedah
 

88. Asyik memangku tangan, mati di dalam angan-angan

Orang yang hanya bercita-cita besar untuk melakukan sesuatu tanpa usaha untuk melakukannya
 

 
89. Aur ditanam betung tumbuh

Orang yang amat bernasib baik kerana mendapat untung besar setelah hanya mengeluarkan sedikit modal

90. Ayam terlepas, tangan berbau tahi

Seseorang yang megerjakan perbuatan yang terlarang dan akhirnya mendapat malu
 

 
91. Ayam beroga itu jika diberi makan di pinggan emas sekalipun, ke hutan juga perginya

Keadaan orang berdagang yang senang di tempat orang, teringat juga akan negerinya sendiri

93. Ayam putih terbang siang

Sesuatu yang terang lagi nyata sehingga sudah diketahui oleh semua orang

92. Ayam ditambat disambar helang

Nasib yang tidak baik seperti orang yang dikasihi dirampas orang yang lebih berkuasa

94. Ayam hitam terbang malam

Kejadian yang sulit dan diketahui orang  tetapi tidak ada bukti yang nyata

 
95. Ayam menang kampung tergadai

Seseorang yang telah mengeluarkan modal yang besar kerana mengharapkan keuntungan yang berlipat kali ganda, malangnya keuntungan yang diperolehi tidak setimpal dengan modal yang dikeluarkan

97. Ayam berinduk, sirih berjunjung
 
 

Setiap yang lemah memerlukan  bantuan agar lebih selamat

96. Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan

Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah

98. Ayam berlaga sekandang

Adik beradik yang bergaduh sesama sendiri

 
99. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar keliling

Orang yang berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang

100. Ayam tak patuk, itik tak sudu

Seseorang yang hina atau sesuatu barang yang tidak berharga


 
 
 
 
 
101. Air sama air, sampah ke tepi juga

Jika kita mencampuri perselisihan yang berlaku di antara adik beradik, sekiranya mereka berbaik semula maka kita juga akan disisih dan tidak dipedulikan

103. Air tenang jangan disangka tiada buaya
 

Orang yang pendiam jangan disangka penakut atau bodoh

102. Air ditetak tidak akan putus

Perselisihan di antara adik beradik atau saudara  tidak akan berpanjangan, akhirnya mereka akan berbaik-baik semula

104. Air dalam berenang, air dengkat bercebuk

Perbelanjaan harus mengikut kemampuan dan pendapatan


 
 
 
 
105. Air di dalam tonggak siapa menyelamnya

Sesuatu perbuatan yang mustahil dilakukan

107. Ayam baru belajar berkokok

Seseorang yang baru cukup umur atau seorang lelaki yang baru belajar untuk memikat perempuan

106. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

Sifat anak adalah mengikut ibu bapanya

108. Ayam berak kapur

Orang yang kelihatan pucat dan lemah kerana sakit


 
 
 
109. Ayam dimakan tungau

Orang yang kelihatan pucat dan lemah kerana sakit
 

110. Ayam menetaskan telur itik, anak itu ke air juga perginya

Perangai yang dipusakai tidak dapat diubah


 
 
 
 
 
 
111. Air beriak tanda tak dalam

Keadaan orang yang suka bercakap besar tetapi tidak berisi

113. Air jernih ikannya jinak

Negeri yang mempunyai pemerintahan yang teratur akan  aman sentosa rakyatnya

112. Air bah batu bersepah

Perselisihan yang besar akan menceraiberaikan ikatan persaudaraan

114. Air mudik sungai, semua teluk diranai

Keadaan orang yang boros yang membeli semua barang yang terlintas di hati


 
 
 
 
115. Air orang disauk, rantai orang dipatah , adat orang diturut

Walau di mana jua kita pergi, perlulah kita menurut adat resam orang di situ

117. Air diminum terasa duri

Seseorang yang berdukacita sehingga tiada  apapun yang dapat menghiburkannya

116. Air mata jatuh ke perut

Berdukacita seorang diri dengan tiada ketara

118. Air yang dingin juga dapat memadamkan api

Kata-kata yang lembut dapat memadamkan kemarahan


 
 
 
119. Air susu dibalas tuba

Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan

120. Air setitik dilautkan,tanah sekepal digunungkan

Membesarkan suatu perkara yang kecil atau membesarkan kesalahan orang