1. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

Orang yang sentiasa beruntung, ada sahaja punca pendapatan yang diperolehinya
 
 

3. Yang bengong makanan yang cerdik,  tidur makanan yang jaga

Orang penipu sering melakukan tipu muslihatnya terhadap orang-orang yang tidak beringat
 

2. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

Seseorang yang tamak  kerana keuntungan atau faedah besar yang diharapkan tidak diperolehi sedangkan keuntungan yang ada di dalam tangan habis hilang
 

4. Yang menanti di padang tidak berumput, yang mendatang kurus-kurus kedut

Seseorang yang susah kehidupannya  didatangi pula oleh orang-orang susah untuk meminta bantuan
 

 
 
 
 
5. Yang pandai mengata tak tahu, membuat ragam; yang bodoh mengaku pandai, terendam karam
Sesuatu kerja rosak binasa kerana orang yang tahu melakukan pekerjaan itu tidak mahu melakukannya sebaliknya orang yang bodoh memandai-mandai melakukannya.
7. Yang sejengkal tak akan jadi sedepa

Sesuatu perkara yang sebenarnya kecil tidak akan ditambah-tambah orang sehingga menjadi besar
 
 
 
 

6. Yang pahit peria itulah ubat

Teguran ataupun kata-kata marah yang tidak enak didengar itulah sebenarnya berfaedah kepada kita untuk dijadikan panduan

8. Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang

Dua orang yang berkelahi kerana seorang mahu menyelesaikan sesuatu perkara dengan segera manakala yang seorang lagi sebaliknya.

 
 
 
 
9. Yang tajam boleh  tumpul, yang bisa boleh  tawar

Berkat doa dan ubat, penyakit dapat diubati atau berkat nasihat, perselisihan dapat diselesaikan
 
 
 

10. Yang teguh disokong, yang rebah ditindih

Sesuatu yang tidak adil seperti orang yang mewah terus mendapat bantuan manakala orang yang susah terus dalam kemiskinan