1. Udang menjunjung tahi

Orang yang hidupnya penuh menanggung hutang
 

3. Udang tak tahu bongkoknya

Orang yang tidak sedar tentang kekurangan yang ada pada dirinya

2. Ukur baju di badan sendiri

Membuat sesuatu perkara biarlah bersesuaian dengan keupayaan atau kedudukan kita
 

4. Ulat melupakan daun

Seseorang yang lupa kepada orang yang pernah membuat jasa kepadanya
 

 
 
 
 
 
 
5. Ulat di dalam batupun hidup juga

Setiap orang sudah diperuntukkan rezeki masing-masing hanya bergantung kepada daya usahanya untuk mencari
 

7. Ular menelan babi, cacing yang bengkak perut

Seseorang yang iri hati melihat kelebihan orang lain 
 

6. Ular bercampur dengan belut tak akan hilang bisanya

Seseorang yang jahat tidak akan hilang kejahatannya jika bergaul dengan orang yang baik  sekalipun
 

8. Ular berlingkar di gunung tikar

Orang jahat yang pandai menyamarkan diri di dalam sesuatu perkumpulan
 
 

 
 
 
9. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

Seseorang yang berpangkat tidak akan hilang martabatnya sekiranya bercampur dengan orang-orang kebanyakan
 

10. Ular kepala dua

Orang yang tidak ikhlas apabila memberi pujian kepada seseorang  kerana apabila di belakang, orang itu dikeji
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
11. Umur setahun jagung, darah setampuk pinang

Orang muda yang masih mentah dalam sesuatu perkara
 

13. Umpama gula di dalam mulut

Sesuatu yang sudah tentu menjadi hak kita
 

 
12. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

Sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan
 
 

14. Umpama kapak naik cerana

Sesuatu yang diluar kebiasaan tentu akan dipandang janggal
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
15. Umpama memelihara diri di dalam sarang lebah

Sukarnya menjaga keselamatan diri apabila berada dalam kumpulan musuh
 

17. Umpan seekor kail sebentuk

Anak tunggal yang menjadi kesayangan ibu bapa
 

16. Umpama pungguk kesiangan hari

Orang yang kehairanan apabila masuk ke dalam suatu majlis
 
 

18. Untung ada tuah tidak

Orang yang beroleh keuntungan tetapi dengan sekelip mata semua pendapatannya jatuh ke tangan orang lain
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
19. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Jika bernasib baik selamat, jika bernasib buruk  binasa
 

20. Untung melambung malang menimpa

Seseorang yang sentiasa dalam kesusahan serta ditimpa kesusahan lagi