1. Tabur bunga ke jirat

Menabur bakti kepada orang yang tidak memerlukannya lagi
 

3. Tak terpagut dek ayam, tak tersudu dek itik

Kata hinaan yang amat dahsyat sehingga tidak sanggup seseorang itu menerimanya
 

2. Tahan jerat sorong kepala

Orang yang sengaja melakukan perbuatan yang membahayakan diri sendiri
 

4. Takut titik lalu tumpah, takut tumpah lalu tertiarap

Kerana takutkan kerugian yang sedikit akhirnya membawa kepada kerugian yang lebih besar
 

 
 
 
5. Tak akan harimau memakan anaknya

Seseorang yang bengis sekalipun tak akan mengapa-apakan anaknya sendiri
 

7. Tak akan buaya menolak bangkai

Seseorang yang sememangnya jahat tidak akan menolak perbuatan jahat yang memang digemarinya
 

6. Tak akan sama getah daun dengan getah batang

Tidak sama kasih sayang kepada anak atau adik beradik dengan kasih sayang kepada orang lain
 

8. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga

Seseorang yang merantau jauh sekalipun akhirnya akan kembali semula ke tempat asalnya
 

 
 
 
9. Tak pandai menari dikatakan tanah tinggi rendah

Orang yang tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan cuba meletakkan kesalahan kepada orang lain
 

10. Tak ada meriam baik diam, tak ada lela baik merela

Sekiranya tidak ada kemahiran di dalam sesuatu pekerjaan , lebih baik kita diam dan menurut sahaja cara orang lain membuatnya
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
11. Tajam pisau kerana diasah

Seseorang boleh jadi pandai jika diajar, atau boleh jadi berani jika dihasut
 

13. Takut kerana salah, berani kerana benar

Seseorang itu akan berasa takut sekiranya memang dia yang melakukan kesalahan tetapi dia tidak perlu berasa takut sekiranya dia di pihak yang benar
 

 
12. Tahu makan tahulah simpan

Jika kita tahu membuat sesuatu perkara hendaklah kita pandai menjaga dan menyimpan rahsianya
 

14. Tak dapat tanduk telinga dipulas

Seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membalas dendam
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
15. Tak akan pisang berbuah dua kali

Sekali tertipu atau kerugian, seseorang akan lebih berwaspada pada masa akan datang
 

17. Tak  tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Orang memperkatakan tentang sesuatu perkara tentulah ada sebabnya
 
 

16. Tak dapat berjalan tegak, mengesut-ngesut sampai juga

Sesuatu pekerjaan yang sukar jika dibuat beransur-ansur akhirnya akan siap juga
 

18. Tak ada gunung tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah dalam yang tak dapat dituruni

Sesuatu kerja walau sesukar mana sekalipun tentu akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
19. Tak lekang di bibir

Tak putus-putus orang membicarakan tentang sesuatu perkara
 

20. Tangan mencincang, bahu memikul

Orang yang melakukan kesalahanlah yang harus menerima hukuman
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
21. Tanam tebu di bibir mulut

Orang yang hanya manis pada bicara tetapi mempunyai niat yang jahat
 
 

23. Telunjuk mencucuk mata

Kaum keluarga sendiri yang mendatangkan bahaya kepada kita
 

22. Tebu pada awak, peria pada orang

Sesuatu yang disukai oleh seseorang mungkin dibenci oleh orang lain
 

24. Telunjuk lurus, kelingking berkait

Orang yang berbuat baik tetapi di sebaliknya tersembunyi tujuan tertentu
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
25. Terlanjur mandi biar basah, terlanjur dakwat biar hitam

Membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah sehingga akhirnya
 

27. Tepuk dada tanyalah selera

Terpulanglah kepada pertimbangan sendiri untuk memilih setelah mengetahui duduk sebenar sesuatu perkara
 

26. Telinga terbakar, muka menyala

Seseorang yang naik marah apabila mendengar perkataan yang menyakitkan hatinya
 

28. Terlepas dari mulut harimau, termasuk pula ke mulut buaya

Seseorang yang berjaya mengelakkan diri daripada sesuatu bahaya tetapi terpaksa menghadapi satu lagi bahaya yang tidak kurang hebatnya
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
29. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya

Jika kita tersilap dalam percakapan akan mendatangkan bahaya atas diri kita
 

30. Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul

Orang yang menderita kesusahan, tetap tidak berjaya walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan untuk mengubah kehidupan
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
31. Tong yang penuh itu tak akan berkocak airnya

Orang yang tinggi ilmunya tidak akan bercakap besar dan membangga diri
 

33. Tiada rotan akar berguna

Kalau tiada yang betul-betul baik, yang kurang baik pun berguna juga
 

32. Tiada beban batu digalas

Orang yang sengaja mencari susah dengan menanggung  kesusahan orang lain
 
 

34. Tikus jatuh ke beras

Orang yang mendapat kesenangan
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
35. Tinggi disigai, besar ditebang

Keazaman seseorang dalam melakukan sesuatu perkara sehingga tidak mengira apa juga yang dihadapinya
 

37. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi

Orang tua yang tidak sedarkan diri dan berkelakuan seperti orang muda
 

36. Tinggal gigi dengan lidah

Orang yang telah kehilangan segala harta bendanya
 

38. Tuba habis ikan tak dapat

Orang yang menggadaikan segala harta benda untuk mendapatkan sesuatu tetapi akhirnya tidak diperolehi
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
39. Tujuh kali pindah papa

Pekerjaan yang tidak tetap hanya akan merugikan
 

40. Tumbuk rusuk biar senak

Memberi rasuah kepada seseorang dengan pemberian yang  besar