1. Sebusuk-busuk daging, dibasuh dikincah dimakan juga

Sejahat-jahat perangai adik beradik kita, dihina dan dicerca tetap diterima sebagai keluarga kita
 

3. Sedikit hujan banyak yang basah

Kesalahan yang dilakukan amat kecil tetapi menerima cercaan yang berlebihan
 

2. Sejauh manapun tangan dilenggang, ke ketiak juga letaknya

Sejauh manapun kita merantau, hati kita tetap teringat pada kampung halaman
 

4. Sebesar-besar gajah, dapat ditakluk oleh manusia

Orang yang berakal walaupun kecil akan dapat juga menundukkan orang yang besar tetapi bodoh
 

 
5. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena

Seseorang yang sentiasa tidak bernasib baik, ke mana sahaja pergi mencari rezeki tetapi tidak ditemui
 

7. Seekor ayam tak berkokok, takkan hari tak siang

Seorang sahaja yang tidak mahu menyertai suatu kumpulan menyelesaikan satu pekerjaan tidak  akan menjejaskan usaha untuk menyudahkan kerja itu
 

6. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Hanya seorang dalam suatu kumpulan membuat jahat, tetapi habis semuanya dikatakan jahat
 

8. Sekali air bah, sekali pantai berubah

Setiap kali bertukar tampuk pemerintahan, maka akan bertukarlah corak pemerintahan dan peraturannya
 

 
9. Sedangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang

Sedangkan sewaktu ada pencarian, apa yang dihajati tidak dapat dimiliki inikan pula ketika tiada sumber pencarian
 

10. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu

Orang yang bersahabat karib sehingga boleh dikatakan tidak berenggang langsung 
 


 
 
 
 
11. Salin tak tumpah

Dua orang yang serupa benar 
 

13. Sedangkan lidah lagikan tergigit

Walau bagaimana beringat sekalipun seseorang itu ada masanya akan tersilap juga
 
 

12. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

Sesuatu perkataan yang menyakitkan hati sering membawa kepada perselisihan
 

14. Sambil menyelam minum air

Seseorang yang melakukan dua tiga pekerjaan serentak
 

 
 
 
 
 
 
 
15. Semanis-manis gula ada mudaratnya,sepahit-pahit  hempedu menjadi ubat

Pujuk rayu yang lemah lembut sering mengandungi muslihat sedangkan kata nasihat yang pahit di dengar tersembunyi kebaikannya
 

17. Seperti abu di atas tunggul

Orang yang tidak tetap pendirian
 

16. Seperti anjing menyalak bukit

Seseorang yang menentang orang besar yang berpengaruh tidak akan memberi kesan apa-apa
 

18. Seperti anjing bercawat ekor

Orang degil yang tidak hendak mengubah perangai buruknya
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
19. Seperti anai-anai makan kayu

Orang yang berusaha didalam senyap
 

20. Seperti anjing berebut tulang

Orang tamak yang berebutkan harta
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
21. Seperti anjing berjumpa pasir

Orang yang terlalu gembira kerana mendapat apa yang dihajati
 
 

23. Seperti anjing dengan kucing

Dua orang yang selalu berbantah
 

22. Seperti anjing beroleh bangkai

Orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudah
 

24. Seperti anjing kepala busuk 

Seseorang yang sudah diketahui perangai buruknya sehingga dihina kemana jua dia pergi
 

 
 
 
 
 
 
 
25. Seperti bergantung di rambut sehelai

Orang yang di dalam keadaan cemas dan diancam bahaya
 

27. Seperti baung di dalam sangkar

Satu kumpulan orang ramai yang mengeluarkan bunyi bising dan riuh rendah 
 

26. Seperti burung menurut kata

Suami yang menurut kata isteri
 

28. Seperti cincin dengan permata

Orang yang  cantik mendapat pula pasangan hidup yang cantik
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
29. Seperti cicak makan kapur

Orang yang dalam keadaan malu atau tersipu-sipu kerana kesalahannya sendiri, atau orang yang sangat gembira
 

30. Seperti cicak kering

Orang yang tersangat kurus
 

 
 
 
 
 
 
 
31. Seperti gergaji dua mata

Orang yang mendapat keuntungan dari dua pihak
 

33. Seperti haruan makan anak

Bapa yang mencabul kehormatan anaknya sendiri
 

32. Seperti gunting makan di hujung

Sahabat yang memperdayakan sahabatnya sendiri
 

34. Seperti harimau menyembunyikan kuku

Orang pandai yang berpura-pura tidak tahu atau menyembunyikan kepandaiannya
 

 
 
 
 
 
 
 
35. Seperti harimau menunjukkan belangnya

Orang kaya yang menunjukkan kekayaannya, atau orang yang bersalah dengan tidak sengaja membuka rahsia kesalahannya
 

37. Seperti kerbau dicucuk hidung

Orang yang sangat bodoh kerana menurut sahaja perintah orang lain
 

36. Seperti ketam hendak mengajar anaknya berjalan betul

Orang yang ingin mengajar atau menasihati orang lain tetapi dirinya sendiri dalam keadaan tidak betul
 

38. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit

Kerana seorang yang melakukan kesalahan, semuanya akan terlibat sama
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
39. Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk bukan dengan hujungnya

Menghukum anak untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyiksa
 

40. Seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar

Seseorang yang sudah terlanjur melakukan sesuatu pekerjaan, sukar untuk mengelakkan diri dari terus melakukannya
 
 

 
 
 
 
 
 
 
41. Seperti Quran buruk

Orang tua yang banyak pengalaman yang tidak boleh disia-siakan sahaja, tetapi tidak dapat digunakan kerana tenaganya sudah tiada
 

43. Seperti kaca jatuh ke batu

Seseorang yang sangat kecewa sehingga sukar diubati
 

42. Seperti kera sumbang

Orang yang suka memencilkan diri
 
 

44. Seperti katak di bawah tempurung

Orang yang tidak pernah keluar melihat tempat orang lain
 
 

 
 
 
 
 
 
 
45. Seperti kumbang putus tali

Berlari atau bergerak dengan pantas
 

47. Seperti lipas kudung

Orang yang melakukan pekerjaan dengan pantas , atau orang yang bergerak  laju
 

46. Seperti lintah lapar

Orang yang di dalam kesusahan dan akan  ke mana sahaja dia pergi untuk mencari bantuan
 

48. Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak

Melakukan pekerjaan dengan cermat dan teliti,  atau memutuskan sesuatu hukuman dengan adil
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
49. Seperti rambut di belah tujuh

Sesuatu yang sangat sedikit
 

50. Seperti murai dicabut ekor

Orang yang riuh dan bising sahaja mulutnya
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
51. Seperti misai pulang ke bibir

Sesuatu yang dikembalikan ke tempat asal
 

53. Seperti ombak membanting diri

Orang yang berkeluh kesah kerana sakit atau kesusahan
 
 

52. Seperti negeri dilanggar garuda

Sesuatu kampung atau tempat yang lengang selepas berlakunya sesuatu bencana besar
 

54. Seperti pungguk merindukan bulan

Orang yang sangat merindui sesuatu yang mustahil boleh didapatinya
 

 
 
 
 
 
 
 
55. Seperti pinang pulang ke tampuk

Sesuatu yang kena pada tempatnya
 

57. Seperti pahat dengan penukul

Orang yang bekerja hanya selepas disuruh
 
 

56. Seperti sirih pulang ke gagang

Sesuatu yang kena pada tempatnya
 

58. Seperti pinang dibelah dua

Pasangan lelaki dan perempuan yang sama padan
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
59. Seperti rusa masuk kampung

Orang yang kelihatan kehairanan apabila masuk ke sesuatu tempat
 

60. Seperti raja dengan menteri

Dua orang yang saling bersefahaman
 

 
 
61. Seperti seludang menolak mayang

Seseorang yang menunjukkan kelebihannya kepada orang lain 
 

63. Seperti embun di hujung rumput

Sesuatu yang tidak kekal lama
 

62. Seperti sokong membawa rebah

Seseorang yang mengkhianati kepercayaan yang telah diberi kepadanya
 

64. Seperti embun di atas daun

Niat dan maksud yang sering berubah-ubah
 

 
 
 
 
 
 
 
65. Seperti ikan pulang ke lubuk

Orang yang kembali ke tempat asalnya
 
 

67. Seperti ular dipalu

Sesuatu yang bengkang-bengkok
 

66. Seperti telur di hujung tanduk

Orang yang sedang dalam keadaan yang amat genting, jika tersalah sedikit maka akan timbul bahaya
 

68. Seperti udang dibakar

Orang yang berkulit putih menjadi kemerah-merahan akibat panahan cahaya matahari
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
69. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Sepandai-pandai seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, sekali pasti akan tersilap juga
 

70. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Kerana perbuatan buruk satu orang, akan merosakkan nama baik satu kumpulan
 
 

 
 
71. Segan bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut

Malu bertanya sesuatu yang kita tidak ketahui hanya akan merugikan diri sendiri
 

73. Sesat surut, terlangkah kembali

Memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan
 

72. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

Jika tidak boleh mencapai kata persetujuan dalam sesuatu perkara, eloklah kembali kepada pokok persoalannya
 

74. Sekali air bah, sekali pantai berubah

Sesuatu negeri yang mengalami perubahan pemimpin sudah pasti akan mengalami perubahan adat dan peraturan
 

 
 
 
 
 
 
 
75. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlangsung

Orang yang bijaksana mampu melakukan dua tiga pekerjaan  dengan sekali usaha
 

77. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sebelum sesuatu pekerjaan dilakukan, eloklah difikirkan masak-masak supaya tidak menyesal kemudian hari
 

76. Senjata makan tuan

Orang yang kita harapkan yang membinasakan diri kita
 
 

78. Sirih naik junjungan patah

Orang yang baru mendapat kesenangan , tiba-tiba ditimpa bencana pula
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
79. Sirih berlipat datang sendiri

Orang yang mendapat apa yang dihajati dengan mudah tanpa berusaha
 

80. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

Saling bersefahaman
 

 
 
81. Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedas

Sesiapa yang melakukan kesalahan, dialah yang akan terasa apabila disindir
 

83. Sudah tinggi dijulang lagi

Seseorang yang sudah baik kedudukannya, dipermuliakan lagi
 

82. Siang terkenang-kenang, malam termimpi-mimpi

Seseorang yang sering diingati 
 

84. Sudah jatuh ditimpa tangga

Orang yang mendapat kemalangan bertimpa-timpa
 
 

 
 
 
 
 
 
 
85. Sudah terang lagi bersuluh

Sesuatu perkara yang sudah terang dan nyata 
 

87. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

Orang yang telah mendapat sesuatu yang baru dan baik, yang lama dibuang
 
 

86. Sudah gaharu cendana pula

Sesuatu perkara yang sudah diketahui, berpura-pura tidak tahu dan  masih ditanya lagi
 

88. Sudah terhantuk baru terngadah

Orang yang sudah terkena kemalangan barulah hendak beringat
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
89. Serumpun bak serai, serangkap bak lembing

Kehidupan bermuafakat, sama-sama senang dan sama-sama susah
 

90. Sayang bunga layu di pohon

Anak gadis yang tidak dipinang orang sehingga umur tua