1. Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah

Raja yang adil menjadi kesayangan rakyat tetapi raja yang zalim hanya akan menjadi kebencian  rakyat 
 

3. Rasa pedih cuping telinga

Rasa marah kerana mendengar percakapan yang menyakitkan hati
 

2. Rajin bekerja mudah belanja

Seseorang yang rajin berusaha akhirnya akan hidup senang juga
 
 

4. Retak menanti belah

Orang yang bermusuhan hanya menanti ketikanya untuk bergaduh atau sesebuah rumahtangga yang tidak aman yang menanti saat perceraian
 

 
 
 
 
5. Riuh seperti cina karam

Kumpulan yang riuh rendah kerana semua orang ingin bercakap
 

7. Rosak tapai kerana ragi

Pekerjaan yang dibuat dengan tidak teliti hanya akan memberi hasil yang tidak baik
 

6. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

Orang yang bekerjasama dalam semua perkara, berat ringan sama ditanggung
 

8. Rosak anak kerana menantu

Nama seseorang menjadi buruk akibat perbuatan orang lain
 

 
 
 
 
9. Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku

Seseorang yang berkelakuan buruk akan menjadi sebutan dan dikaitkan dengan bangsa orang itu
 

10. Rumah siap pahat berbunyi

Apabila sesuatu pekerjaan telah siap sepenuhnya barulah timbul kata-kata buruk tentang hasil kerja itu