1. Pacat nak jadi ular

Orang miskin yang meniru perbuatan orang kaya
 

3. Pantang sitegang dibawa mengetul

Seseorang  yang sedang marah sukar untuk dibawa berunding
 
 

2. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Segala kebaikan yang dibuat selama ini akan terhapus akibat perbuatan jahat yang dibuat sekali
 
 

4. Pandai seperti pisau raut, bongkok orang dilepaskan, bongkok sendiri tinggal kekal

Orang yang hanya pandai membetulkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan sendiri tidak dibetulkan
 

 
 
5. Pancing makan umpan

Seseorang yang menghabiskan harta yang telah diamanahkan kepadanya supaya dijaga
 

7. Pangku tangan cerut perut

Seseorang yang sanggup berlapar kerana malas bekerja
 

6. Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh,pertama tegak kedua roboh

Hendaklah berhati-hati dalam memilih orang yang akan menjadi wakil kepada kita kerana sekiranya dia belot maka akan membinasakan kita
 

8. Pandai makan pandai simpan

Orang yang membuat kejahatan tahu menyimpan rahsianya
 
 

 
 
9. Pantang ayam dengan helang, lambat laun disambar juga

Anak gadis tidak boleh bercampur dengan anak muda kerana buruk akibatnya.
 

10. Parang gabus menjadi parang besi

Tidak disangka bahawa orang yang lemah menjadi orang yang berkuasa
 


 
 
 
 
 
 
11. Patah sayap bertongkat paruh

Orang yang mempunyai azam yang kuat dan tidak berputus asa
 

13. Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati

Orang yang tidak pandai mempertahankan  sesuatu perkara akan tewas akhirnya
 
 

12. Patah tumbuh hilang berganti

Seorang pemimpin yang mati akan ada yang menggantikannya
 

14. Pecah tempayan pekasam

Terbuka rahsia keburukan
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
15. Pelanduk juga lupakan jerat, jerat tak lupakan pelanduk

Orang yang jahat sering melupakan orang yang dianiayainya, tetapi orang yang dianiaya tetap akan ingat selama-lamanya
 

17. Perigi mencari timba

Orang perempuan yang mencari lelaki sebagai jodohnya
 

16. Pelepah atas luruh, pelepah atas jangan tertawa

Semua yang hidup pasti akan mati walaupun masih muda
 
 

18. Pilih-pilih kena ke buku

Orang yang sangat memilih akhirnya mendapat barang yang tidak berharga
 

 
 
 
 
 
 
 
19. Pinang sebatang

Hidup sebatang kara
 

20. Pagar makan padi

Orang yang tidak menjaga amanah yang diberi