1. Nafsu nafsi, beraja di mata bersultan di hati

Seseorang yang suka berbuat sesuatu dengan sesuka hatinya sahaja tanpa menghiraukan peraturan dan nasihat
 

3. Naik tak bertangga, turun tak berpintu
 

Seseorang yang suka berbuat sesuatu dengan sesuka hatinya sahaja tanpa menghiraukan peraturan dan hanya akan mendatangkan bahaya
 

2. Nafsu tidak bertepi

Kehendak seseorang yang tidak bersempadan, sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih baik selepas mendapat sesuatu
 

4. Naik tangga dari bawah

Seseorang perlu berusaha dengan tekun dari peringkat bawah untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi
 
 

 
 
 
 
5. Nak ditelan termengkelan, nak diluah tak keluar

Keadaan serba salah sama ada hendak diterima atau ditolak
 

7. Nangka masak menyesakkan sarungnya

Seseorang yang terlalu gemuk sehingga tidak elok dipandang
 

6. Nampak kulit tahulah isinya

Seseorang yang bersalah dapat diketahui dari air muka dan gerak gerinya
 

8. Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur, tidak ada harapan untuk dibaiki
 

 
 
 
 
9. Nasib penyapu, banyak berjasa turun darjat

Semakin banyak berjasa, semakin merosakkan diri sendiri
 

10. Nasi tersenduk tidak termakan

Rezeki yang masih belum di dalam tangan, belum tentu menjadi hak kita