1. Mabuk melihat beruk berayun

Membuang masa melihat sesuatu yang tidak berfaedah
 

3. Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai

Tidak berdaya untuk mencapai sesuatu hajat yang diluar keupayaan kita
 

2. Macam bunyi siamang kenyang

Seseorang yang sudah senang dan lupa akan keadaannya semasa  susah
 

4. Makin murah makin ditawar

Seseorang yang tidak pernah berasa puas dengan sesuatu pemberian
 

 
 
 
5. Makan hati berulam jantung

Seseorang yang terlalu berdukacita akibat sesuatu penderitaan atau kerana percintaan 
 

7. Malang tak dapat ditolak, mujur tak dapat diraih

Sesuatu yang sudah dalam ketentuan suratan takdir  tidak dapat ditolak lagi, terpaksalah diterima dengan redha
 

6. Makan nasi suap-suapan, tetapi menerima puan kosong

Seseorang yang berkahwin dengan segala adat istiadat tetapi hanya mendapat gadis yang sudah hilang kesuciannya
 

8. Malu makan perut lapar, malu berkayuh perahu hanyut

Seseorang perlu mempunyai perasaan malu hanya pada tempatnya sahaja supaya tidak menanggung rugi
 
 

 
 
 
9. Malu kalau anak harimau menjadi anak kambing

Tidak patut sekiranya anak orang-orang pandai menjadi bodoh atau anak orang bangsawan menjadi hina
 

10. Malam berselimut embun, siang bertudung awan

Seseorang yang sangat miskin sehingga  tiada tempat tinggal untuk berteduh
 

 
 
 
 
 
11. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar

Orang yang memusnahkan harta bendanya sendiri kerana marahkan seseorang lain
 

13. Manusia punya asa, tuhan punya kuasa

Manusia hanya berusaha sedangkan tuhan yang menentukan
 

12. Mati semut kerana gula

Terpedaya dengan perkataan yang lemah lembut dan pujuk rayu
 

14. Mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak

Jangan menolak pemberian walaupun sedikit dan jangan sekali-kali mengundang bahaya
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
15. Masak di luar mentah di dalam

Orang yang kelihatan elok pada paras rupa sedangkan budi pekertinya rendah
 

17. Masuk tak genap, keluar tak ganjil

Seseorang yang tidak diperlukan di dalam sesuatu perkumpulan masyarakat
 

16. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak

Seseorang perlu menyesuaikan diri dengan adat istiadat tempat dia tinggal
 

18. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Seseorang yang tidak mendengar nasihat
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
19. Mati tidak kerana sumpah,hidup tidak kerana kaul

Hidup dan mati adalah dengan kekuasaan Allah
 

20. Mati rusa kerana jijak, mati kuau kerana bunyi

Orang  yang binasa kerana perbuatannya sendiri
 
 

 
 
 
 
 
 
 
21. Melepaskan anjing tersepit

Menolong orang yang tidak tahu membalas jasa
 
 

23. Memikul di bahu, menjunjung di kepala

Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah mengikut peraturan dan kelaziman
 

22. Melentur buluh biarlah dari rebung

Mendidik anak biarlah sejak dari kecil lagi
 

24. Memegang besi panas

Melakukan pekerjaan dengan perasaan bimbang dan  ketakutan 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
25. Meminta kepada yang ada

Meminta pertolongan kepada orang yang boleh memberi pertolongan
 

27. Membungkuskan tulang dengan daun talas

Menyembunyikan rahsia dengan tidak berhati-hati sehingga diketahui orang
 
 

26. Membuka pekung di dada

Orang yang membuka rahsia keburukan diri atau keluarga
 

28. Membujur lalu melintang patah

Orang yang sanggup melakukan sebarang pekerjaan maupun yang berbahaya
 

 
 
 
 
 
 
 
 
29. Memukul kucing di dapur

Menganiaya sanak saudara di rumah sendiri
 

30. Membesarkan kerak nasi

Orang yang menambah perbelanjaan pada perkara yang tidak mustahak
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
31. Memelihara gajah putih

Memelihara dan menyara seseorang yang tidak mendatangkan faedah
 

33. Menjolok sarang tebuan

Orang yang sengaja mencari bahaya
 
 

32. Menaburkan benih di tanah yang subur

Berbuat baik kepada orang yang menghargainya
 
 

34. Menjerat leher sendiri

Orang yang sengaja mencari bahaya
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
35. Menanam biji di atas batu

Memberi nasihat kepada orang yang enggan menerima nasihat
 

37. Menjemur sementara hari panas

Berusaha atau menuntut ilmu sementara badan masih sihat dan muda
 

36. Menebas buluh serumpun

Orang yang merosakkan nama baik seluruh keluarganya
 

38. Mengata dulang paku serpeh, mengata orang awak yang lebih

Seseorang yang mencela-cela keburukan orang lain sedangkan dirinya juga tidak berbeza dengan orang yang dicela
 

 
 
 
 
 
 
 
 
39. Mendukung biawak hidup

Orang yang sengaja melakukan pekerjaan yang menyusahkan diri sendiri
 

40. Menambak gunung, menggarami laut

Memberi pertolongan kepada orang yang tidak memerlukannya
 

 
 
41. Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk

Memberi pertolongan kepada orang yang tidak memerlukannya dan menganiaya orang yang susah dan memerlukan pertolongan
 

43. Menegakkan benang basah

Hendak membenarkan juga sesuatu kesalahan yang sememangnya telah nyata salahnya
 

42. Menggunting dalam lipatan

Orang yang menipu dan menganiaya rakan sendiri
 

44. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri juga

Orang yang membuka rahsia keburukan keluarga sendiri
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
45. Menanti buah tak gugur

Menantikan sesuatu yang tidak kunjung tiba
 

47. Meriba puan kosong

Memperisterikan gadis yang tidak perawan lagi
 

46. Mengaji daripada alif, menghitung daripada sa

Setiap pekerjaan perlu dilakukan menurut tertib
 

48. Meruncingkan tanduk kerbau

Orang yang suka mengapi-apikan orang lain supaya membuat jahat
 

 
 
 
 
 
 
 
 
49. Merobekkan baju di dada

Membuka rahsia keburukan sendiri
 

50. Merak menggigal di tengah rimba

Orang yang menunjukkan kepandaian atau kecantikan tidak kena pada tempatnya
 

 
 
51. Minyak dan air tak akan bercampur

Orang kaya sukar untuk bercampur dengan orang miskin
 

53. Muka bertampal kulit babi

Orang yang tidak tahu malu
 
 

52. Muafakat itu berkat

Kerja yang dilakukan dengan bermuafakat akan lebih sempurna daripada dilakukan seorang diri
 

54. Mulut disuap pisang bontot dikait onak

Seseorang yang berpura-pura membuat kebaikan sedangkan di belakang  diumpat dan dikejinya orang itu 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
55. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya

Sesuatu rahsia sukar untuk disimpan daripada diketahui orang
 

57. Musang berbulu ayam

Orang jahat yang menyamar sebagai orang baik
 

56. Murai berkicau hari siang

Perkara yang sudah terang dan nyata sehingga diketahui semua orang
 

58. Musuh dalam selimut

Musuh yang berada sangat dekat iaitu di antara ahli-ahli kumpulan sendiri
 

 
 
 
 
 
 
 
 
59. Mahal dibeli sukar dicari

Sesuatu barang yang berharga dan sukar didapati
 

60. Misai bertaring bagai panglima, setahun sekali tak pernah berjuang

Orang yang rupa sahaja garang tetapi sebenarnya seorang yang penakut