1. Labu tak melata ke hulu, kundur tak melata ke hilir

Sekiranya kita tidak mengambil berat hal rumahtangga orang lain, maka orang lain juga tak akan mengambil berat hal rumahtangga kita
 

3. Lain mangkuk lain cawan

Lain orang mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza
 

2. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

Lain yang diminta maka lain pula yang diberi atau lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab
 

4. Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya

Lain tempat maka berlainanlah adat resamnya
 
 

 
 
 
5. Lain bengkak lain menanah

Orang lain yang membuat jahat tetapi orang lain pula yang tertuduh
 

7. Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

Sesuatu barang yang tidak berharga,digunakan juga apabila kesempitan 
 

6. Lain dulang lain isinya, lain orang lain hatinya

Setiap orang mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza
 

8. Laksana apung dipermainkan gelumbang

Orang merantau dan miskin di negeri orang yang diperbuat sesuka hati sahaja
 
 

 
 
 
9. Laksana wau melawan angin

Seseorang yang cuba melawan orang yang lebih berkuasa daripadanya dan akhirnya gagal dan kecewa
 

10. Laksana barang saduran

Orang yang tidak tahan diuji, lekas mengaku kalah 
 


 
 
 
 
11. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Seseorang yang berwajah elok dan cantik tetapi tidak berbudi bahasa
 

13. Langit menyerkup kepala, bumi memegang kaki

Seseorang tidak boleh terlepas daripada perintah atau hukuman orang atasan
 

12. Laksana perahu bermuat sarat, tidak ke timur dan tidak ke barat

Orang yang berhias diri tetapi hanya untuk duduk di rumah bukan untuk ke mana-mana
 

14. Layang-layang putus tali

Seseorang yang hilang tempat bergantung hidup
 

 
 
 
 
 
 
15. Lempar batu sembunyi tangan

Orang yang hanya mendiamkan diri dan menyembunyikan sesuatu perkara yang dilakukannya
 

17. Lemah menapis, condong menumpang

Seseorang yang sedar akan kelemahan diri, janganlah malu meminta pertolongan 
 

16. Lembu punya susu, sapi punya nama

Orang lain yang berusaha dan bersusah payah tiba-tiba orang lain pula yang menerima pujian
 

18. Lembut gigi daripada lidah

Orang yang berlemah lembut kerana berkehendakkan sesuatu 
 
 

 
 
 
 
 
 
19. Lemak manis pada dia, pahit maung pada orang

Seseorang yang hanya menginginkan kepujian tetapi mengelakkan diri daripada kecaman dalam suatu pekerjaan yang dilakukan secara bersama, 
 

20. Lenggang lenggok bagai cupak hanyut

Gaya orang yang berjalan terlentok-lentok dan lemah lembut
 
 

 
 
 
 
 
21. Lenggang patah sembilan

Gaya orang yang berjalan terlentok-lentok dan lemah lembut
 

23. Lidah tak bertulang

Orang yang bercakap mengikut suka hatinya sahaja
 

22. Lepas bantal berganti tikar

Seseorang yang menceraikan isterinya dan terus berkahwin baru
 

24. Lidah bercabang bagai lidah biawak

Orang yang bercakap berdolak dalik, atau orang yang mungkir janji
 

 
 
 
 
 
 
25. Lidah terpaku ke langit

Orang yang tidak dapat menjawab dan menidakkan kesalahan yang telah dilakukan
 

27. Lulus jarum, lulus kelindan

Sekiranya kehendak yang pertama terpenuhi biasanya kehendak yang keduapun akan terpenuhi juga
 

26. Lubuk akal tepian ilmu

Orang bijaksana yang menjadi tempat rujukan 
 

28. Luka sudah hilang, parut tinggal juga

Dua orang yang berselisih akan berbaik semula pada zahirnya tetapi sejarah perselisihan  masih tetap tersimpan di hati 
 
 

 
 
 
 
 
 
29. Lebih pucuk daripada pelepah

Orang yang berlebih-lebih daripada orang yang sepatutnya
 

30. Lopak menjadi perigi

Orang miskin yang berusaha sehingga menjadi kaya