1. Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

Bekerjasama di dalam sesuatu muafakat,berat dan ringan sama ditanggung.
 

3. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Orang miskin yang bekerja dengan mendapat wang secukup makan sahaja
 

2. Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam keranjang longgar

Seseorang atau sesuatu benda yang tidak boleh di bawa ke mana juga kerana tidak sesuai dan menjadikan keadaan serba salah sahaja
 

4. Kain dalam limbah,dipungut dibasuh ke dalam limbah juga perginya

Seseorang yang jahat yang cuba dipelihara dengan sebaik-baiknya akan kembali menjadi jahat semula
 

 
 
5. Kain lama di buang, kain baru dicari

Orang yang menceraikan isteri kerana sudah lama dikahwininya dan berkahwin baru
 

7. Kaki untut di pakaikan gelang

Seseorang yang menginginkan kecantikan dengan cara berhias tetapi akhirnya menjadi semakin buruk
 

6. Kain basah kering di pinggang

Seseorang yang sangat miskin
 

8. Kaki naik kepala turun

Seseorang  yang tidak berhenti-henti mencari rezeki siang dan malam
 
 

 
 
9. Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya

Kalau tidak berusaha dalam sesuatu pekerjaan, bagaimanakah kita akan beroleh kejayaan
 

10. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Sekiranya ilmu pengetahuan kita cetek dalam sesuatu perkara, jangan sekali-kali kita cuba menduga seseorang yang mahir dalam bidang tersebut
 
 


 
 
 
11. Kalau angin tak bertiup, masakan pokok bergoyang

Sesuatu perkara terjadi tentu ada sebab 
 

13. Keldai hendak dijadikan kuda

Perbuatan sia-sia mengajar orang yang bebal dan bodoh
 

12. Kalah jadi abu, menang jadi arang

Perbalahan dan perkelahian yang tidak menguntungkan sesiapa
 

14. Kalah membeli menang memakai

Barang yang baik dan dibeli dengan harga yang mahal tetapi tahan dipakai
 
 

 
 
 
 
 
 
15. Kalau sejengkal tak akan jadi sedepa

Perkara yang kecil tidak boleh menjadi besar perkhabarannya
 

17. Kalau tak ada api, masakan ada asap

Kalau tiada perbuatan yang bersalahan, masakan terbit tuduhan dan sangkaan orang
 

16. Kalau secupak tak akan jadi segantang

Kalau seseorang itu sudah ditakdirkan tidak boleh menjadi senang, walau diusaha bagaimana sekalipun, tidak juga dia berjaya
 

18. Kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang

Jika kemahuan dalam melakukan sesuatu perkara sangat kuat, walau bagaimana sukar sekalipun pasti akan berjaya
 

 
 
 
 
 
19. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Jika kita takut kepada sesuatu yang berbahaya, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya tersebut
 

20. Kalau menampi jangan tumpah padinya

Berhati-hati ketika memilih jangan sampai terbuang barang yang berharga
 
 

 
 
 
 
21. Kalau tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah

Tentu ada sebab-sebab tertentu  sesuatu perkara terjadi
 

23. Kapal besar bertunda jongkong

Orang berkuasa menurut perintah orang bawahan
 
 

22. Ke mana pergi membawa mulut

Orang yang suka mengumpat walau ke mana sahaja dia pergi
 

24. Kapal sebuah nakhoda dua

Perempuan yang menduakan suami, atau satu pekerjaan dengan dua orang yang mengarahnya
 

 
 
 
 
 
 
25. Karam di laut dapat direnang, karam di darat apakan daya

Seseorang yang sedang berdukacita, atau seseorang yang sedang mabuk asmara
 

27. Karam sambal  dek belacan

Tenggelam kebaikan seseorang kerana ada orang lain yang membuat kebaikan yang sama seperti itu
 

26. Karam berdua basah seorang

Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi hanya seorang yang menerima hukuman
 

28. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

Anak dan isteri tidak boleh dimanja berlebihan agar tidak menyusahkan kita kemudian hari
 

 
 
 
 
 
29. Kata periuk belanga hitam

Dua orang yang suka kata-mengata di antara satu sama lain sedangkan kedua-duanya sama sahaja buruknya
 

30. Kata hendaklah dikota

Janji hendaklah ditepati
 

 
 
 
31. Ke tengah boleh, ke tepipun boleh

Seseorang yang berkebolehan yang boleh dibawa ke mana sahaja
 

33. Kayu buruk tempat kera meniti

Orang tua yang dihinggapi pelbagai penyakit
 

32. Kayu bengkok tak akan lurus bayangnya

Seorang penipu  tidak akan berkata benar
 

34. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Jangan dipandang rendah kebolehan seseorang  sebelum diuji
 
 

 
 
 
 
 
 
35. Kecil-kecil anak, kalau sudah besar onak

Anak yang semasa kecil menyenangkan hati tetapi apabila besar menyakitkan hati
 

37. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit bermain wayang

Perempuan yang berbuat serong ketika suaminya leka
 

36. Kenal dadanya tetapi tak kenal mukanya

Orang alim yang orang pelajari ilmunya tetapi tidak kenal rupanya
 
 

 
38. Kerat rotan berpatah arang

Perceraian yang tidak boleh disambung lagi
 
 

 
 
 
 
 
39. Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga

Sekeras-keras hati orang apabila dipujuk akhirnya akan lembut juga
 

40. Kikir pari

Orang yang sangat bakhil tetapi berkehendakkan harta orang lain pula
 

 
 
 
 
 
41. Koyak tak berbunyi

Perceraian suami isteri yang langsung tidak diketahui oleh orang lain
 

43. Kubur kata mari, rumah kata pergi

Orang tua yang masih menggaya-gayakan hal dunia
 

42. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar

Teguhnya seorang pemimpin adalah kerana kuat sokongan ahli-ahlinya dan teguhnya sesuatu pertubuhan adalah kerana pemimpinnya
 

44. Kuda yang baik tak bercerai dari pelananya

Isteri yang taat akan mencurahkan sepenuh hatinya kepada suami
 
 

 
 
 
 
 
 
45. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan

Kesalahan orang lain,walaupun  kecil diambil berat sedangkan kesalahan sendiri langsung tidak dipeduli
 

47. Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang

Orang yang mudah terikut-ikut dan tidak tetap pendirian
 
 

46. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum

Bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan yang boleh dijadikan pasangan hidup
 

48. Kundur tak melata ke hulu, labu tak melata ke hilir

Jika kita tidak mengambil berat hal orang lain, maka orang lain juga tidak akan mengambil berat hal kita
 

 
 
 
 
 
49. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar

Orang yang tamak kerana mengejarkan sesuatu yang lebih besar sehingga meninggalkan apa yang dimilikinya
 
 

50. Kura-kura hendak memanjat kayu

Orang yang membuat pekerjaan yang tidak layak dilakukannya
 

 
 
 
51. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

Orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu
 

53. Kelkatu hendak terbang ke langit

Orang miskin yang hendak bergaya seperti orang kaya
 

52. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun ke anaknya
 
 

54. Kelapa muda tak berminyak

Orang muda yang kurang pengalaman
 

 
 
 
 
 
 
55. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

Janji hendaklah ditepati
 

57. Kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan

Pekerjaan yang dibuat tidak dengan selayaknya, atau orang yang diletak buka pada tempatnya
 

56. Kerbau sekawan dapat dikawal, manusia seorang tak terkawal

Sukarnya menjaga seorang gadis agar tidak tercemar nama baik
 
 

58. Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang

Isteri yang dijaga baik oleh keluarga suami agar tidak dinodai
 

 
 
 
 
 
59. Kerbau menanduk, kerbau pergi

Orang yang bersalah mesti menerima hukumannya
 

60. Kuali mengata belanga hitam

Orang yang mengata keburukan orang lain sedangkan dirinya tiada berbeza dengan orang yang dikata