1. Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa
 
Orang yang sangat berani tanpa mengira bilangan lawan dan sanggup berhadapan dengan musuhnya
3. Jangan disangka ikan layar tidak menyengat

Jangan dipandang rendah orang yang lemah kerana kadang kala orang yang lemah boleh mendatangkan kesusahan besar
 

2. Jangan hendak membuat baik dengan memberi itik bertaji, hendak membuat jahat sampai ayam dikerat susuhnya

Seseorang yang cuba untuk memberi senjata kepada orang yang penakut dan merampas senjata dari orang yang berani dalam sesuatu pergaduhan
 

4. Jangan dijolok sarang tebuan

Musuh jangan diusik walaupun mereka hanya berdiam diri kerana ini boleh mendatangkan bahaya yang besar
 

 
 
 
5. Jangan ditentang matahari condong

Jangan dicari kemarahan orang yang lebih berkuasa daripada kita kerana ini akan membawa padah
 

7. Jangan sampai sesat barat, sepuluh kali diukur sekali dikerat

Sesuatu keputusan yang hendak diambil perlu diselidiki dan disiasat dengan mendalam agar tidak mendatangkan kesalahan dan menyesal kelak
 

6. Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh

Jangan mengaku diri tahu segala-galanya tanpa bertanya kepada orang yang lebih tahu, biarlah kita bertanya kepada orang lain sekiranya kita tidak mengetahui sesuatu perkara
 

8. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya

Janganlah disangka orang yang dilihat baik pada pandangan  tidak boleh mendatangkan bahaya kepada kita
 

 
 
 
9. Jangan berebutkan tembikar pecah

Jangan bergaduh kerana berebut perempuan jahat kerana jika berjaya memenanginya  bukan boleh dibuat isteri
 
 

10. Jangan dikejar gunung berlari, hilang kabus nampaklah ia

Jangan terlalu gopoh untuk mendapatkan benda yang pasti akan kita perolehi kerana akhirnya barang itu pasti akan kita miliki juga
 


 
 
 
 
 
11. Jarum halus kelidan sutera

Tipu daya yang sangat halus sehingga tidak diketahui orang
 

13. Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Kalau tinggal jauh saling berkasih-kasihan tetapi kalau berdekatan  saling berbantahan pula
 

12. Jauh panggang dari api

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat
 

14. Jauh berjalan luas pemandangan

Seseorang yang banyak mengembara tentu mempunyai pengalaman yang banyak
 

 
 
 
 
 
 
15. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja
 

17. Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek jangan sekali-kali ingin menduga seseorang yang tinggi ilmunya
 

16. Jauhari juga mengenal manikam

Seseorang yang ahli dalam sesuatu perkara sahaja yang tahu tentang perkara tersebut
 

18. Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Orang yang berketurunan baik, ke manapun pergi akan baik juga 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
19. Jual sutera beli mastuli

Orang yang menggantikan sesuatu yang baik kepada yang lebih baik
 

20. Juadah sudah dijilat cicak

Perempuan yang melakukan perbuatan jahat secara diam-diam