1. Ibarat negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim

Seseorang yang tidak tetap pendirian dan berubah-ubah  fikiran
 

3. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

Seseorang yang tidak mendapat kebebasan kerana di bawah jagaan orang lain walaupun hidup disekelilingi kemewahan
 

2. Ibarat beban masih di bahu

Tanggungan yang masih dipikul
 

4. Ibarat kutu boleh diselisik

Walaubagaimana  sulit tipu muslihat seseorang, dapat juga dikesan oleh orang yang bijak
 

 
 
 
5. Ibarat dakwat dengan kertas

Dua orang yang berkasih sayang yang sentiasa bersama-sama
 
 

7. Ibarat ayam, tak kais tak makan

Orang yang miskin jika tidak berusaha maka susahlah penghidupannya
 

6. Ibarat burung, mulut manis jangan dipakai

Perkataan yang manis sering mengandungi tipu daya
 
 

8. Ibarat rumput yang kering, ditimpa hujan segar kembali

Seseorang yang melarat berubah  menjadi senang apabila mendapat bantuan
 

 
 
 
9. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Kehidupan yang sering bermuafakat, senang sama dirasai dan susah sama dibantu
 

10. Indah khabar dari rupa

Cerita keelokkan yang berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya
 
 


 
 
 
 
11. Ikan biar dapat, serampang jangan pokah

Sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendatangkan hasil supaya tidak menanggung kerugian sahaja
 

13. Ikan lagi di laut, perencah sudah di sengkalan

Orang yang mengharap kepada sesuatu yang belum tentu lagi dapatnya
 

12. Ikan di hulu, tuba di hilir

Sesuatu benda dicari bukan pada tempatnya
 
 

14. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu

Pekerjaan yang dilakukan tanpa berfikir panjang tentang baik buruknya hanya akan membahayakan diri
 

 
 
 
 
 
 
15. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan ikut resmi lalang, semakin tegak tiada berisi

Hendaklah merendah diri walaupun kita berilmu dan berpangkat dan jangan sombong
 

17. Ingat hendak memandang pulau, perahu ada pengayuh tiada

Harapan untuk melakukan sesuatu tidak tercapai kerana  kurang kelengkapan
 

16. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Berjimat dan berhemat dalam perbelanjaan agar tidak menyesal kemudian hari
 

18. Inginkan manggis hitam, masak ranum tergantung tinggi

Menginginkan sesuatu barang yang sukar untuk didapati
 

 
 
 
 
 
 
19. Intan salah canai

Orang yang berketurunan baik tetapi mendapat pendidikan yang salah, nescaya  akan buruk akhlaknya
 
 

20. Itik diajar berenang

Mengajar seseorang yang sememangnya sudah mahir dalam sesuatu perkara