1. Habis manis sepah dibuang

Perempuan yang ditinggalkan  lelaki yang pernah menyayanginya kerana sudah hilang kecantikannya atau kerana sudah mendapat apa yang dihajatinya
 

3. Habis umpan kerung-kerung tak dapat

Sejumlah besar wang telah dihabiskan untuk  mendapat sesuatu hajat tetapi akhirnya apa yang dihajati tidak tercapai
 

2. Habis miang kerana bergesel

Sesuatu pekerjaan yang dibuat berulang kali akan tidak terasa kepayahannya
 

4. Habis di celah gigi

Pemberian yang hanya sedikit dan tidak boleh diperbuat apa dengan pemberian itu
 

 
 
5. Hangat-hangat tahi ayam

Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pada awalnya sahaja atau orang yang cepat reda selepas marah
 

7. Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari

Orang yang berikhtiar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan kesusahan
 

6. Hangus tidak berapi, karam tidak berair

Seseorang yang berdukacita kerana sesuatu kehilangan atau orang yang mabuk asmara
 

8. Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Seseorang yang membuang atau menghabiskan apa yang ada kerana mengharapkan sesuatu yang besar akan didapatinya, akhirnya akan menyesal kerana apa yang diharapkan tidak tercapai
 

 
 
9. Harimau menderam tidak menangkap

Orang yang bercakap besar hanya besar pada percakapannya sahaja tanpa meninggalkan kesan kepada orang lain
 

10. Harimau mati meninggalkan belang,gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama 

Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak tetapi orang berjasa yang mati akan dikenang jasa dan namanya
 

 
 
 
11. Harum meninggalkan bau

Kebaikan yang dibuat dapat melupakan orang lain tentang keburukan yang pernah kita lakukan
 

13. Harapkan untung menggamit, kain di badan di dedahkan

Mengharapkan keuntungan besar yang akan kunjung tiba , barang sedikit yang ada dibuangkan
 

12. Harimau hendak menghilangkan jejaknya

Orang yang jahat cuba untuk mengaburi pandangan orang lain tentang kejahatannya
 

14. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan 

Mengharapkan keuntungan besar yang akan kunjung tiba , barang sedikit yang ada dibuangkan
 

 
 
 
 
 
15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Hidup bekerjasama maka faedahnya turut dirasai bersama, jika banyak sama banyak dan jika sedikit sama sedikit
 

17. Hati palingan Allah, mata palingan syaitan

Fikiran dan pendirian seseorang yang boleh berubah-ubah
 

16. Hati orang yang bodoh di mulutnya, mulut orang yang cerdik di hatinya

Orang yang bodoh sering berkata-kata mengikut sedap mulutnya sedangkan orang yang pandai sering berfikir dahulu sebelum berkata-kata
 

18. Hati gatal  mata digaru

Orang yang tidak dapat melakukan pekerjaan yang sangat-sangat dikehendakinya 
 

 
 
 
 
 
19. Hendak bertanduk kepala dipahat

Orang yang hendak bergaya sehingga sanggup menanggung kesakitan pada badannya
 

20. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika ada kemahuan, biar bagaimana susahpun sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan juga sebaliknya jika tiada kemahuan, pekerjaan yang mudahpun ada sahaja helah untuk menolaknya
 

 
 
 
 
 
21. Hendak berkayuh perahu bertambat

Orang yang ingin mengahwini isteri orang
 

23. Hendak mengepal pasir kering

Sukar untuk menasihati orang yang keras hati

 

22. Hendak bersuntingkan bunga mala

Lelaki muda yang ingin memperisterikan perempuan tua
 

24. Hendak menegakkan benang basah

Bersungguh-sungguh untuk membenarkan sesuatu perkara sedangkan perkara yang sebenar-benarnya telahpun diketahui orang
 

 
 
 
 
 
25. Hendak bersuntingkan bunga yang belum diseri kumbang

Lelaki yang ingin memperisterikan anak gadis
 

27. Hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah

Hidup manusia biar membuat kebajikan
 

26. Hendak mencari rotan, jangan takutkan onaknya

Jika melakukan sesuatu pekerjaan yang besar, jangan takut menempuh kesukarannya
 

28. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Orang lain yang tidak turut campur berlebih-lebih dalam sesuatu perkara sedangkan orang yang bertanggungjawab hanya mendiamkan diri
 

 
 
 
 
 
29. Hidung dicium, pipi digigit

Kasih sayang yang berpura-pura sahaja

30. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Hidup dalam masyarakat yang tertakluk kepada adat dan kebiasaan masyarakat setempat
 

 
 
 
31. Hilang adat tegal muafakat

Perkara adat yang berakar umbi sekali pun  dapat diubah jika mendapat persetujuan ramai
 

33. Hilang tapak tukul, timbul tapak canai

Perbuatan baik atau jahat akan hilang oleh perbuatan yang baru dilakukan

 

32. Hilang tukul hilanglah pahat

Tergendalanya sesuatu pekerjaan kerana salah seorang daripada ahlinya tidak hadir
 

34. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang

Seburuk-buruk orang jika baik pekertinya akan berguna kepada masyarakat 

 

 
 
 
 
 
35. Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai

Orang yang tidak berdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan
 

37. Hendak meluruskan ekor anjing

Orang yang melakukan pekerjaan yang mustahil akan berjaya
 

36. Hendak terbang tidak bersayap, hendak berjalan tidak berkaki

Orang yang tidak berdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan

 

38. Hidup segan mati tak mahu

Orang yang menderita kerana miskin atau penyakit
 

 
 
 
 
 
39. Hidup di hujung gurun orang

Orang yang hidup melarat
 

40. Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah

Berusaha dengan tanaga dan fikiran sendiri dan janganlah terlalu mengharapkan pertolongan orang lain
 

 
 
 
41. Hidup dua muara

Orang yang mempunyai dua punca pendapatan

 

43. Hilang tak tentu rimbanya, mati tak tentu kuburnya

Sesuatu perkara yang hilang tidak berbekas, atau tidak tentu kesudahannya dan disenyapkan begitu sahaja
 

42. Hilang kabus teduh hujan

Mendapat kesenangan setelah terlepas daripada kesusahan 
 

44. Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka

Fikiran dan perbuatan yang jahat akan membahayakan diri sendiri

 

 
 
 
 
 
45. Hilang dicari,terapung direnangi,terbenam diselami

Menolong orang yang di dalam kesusahan, atau memeriksa sesuatu dengan cermat
 

47. Hilang kilat dalam kilau

Kepandaian atau kebesaran seseorang tidak kelihatan apabila duduk bersama-sama orang yang sama tarafnya

 

46. Hilang ikan dalam kerabu

Sesuatu kejahatan tidak akan dipandang jahat apabila setiap orang melakukannya
 

48. Hilang pelanduk berganti kijang emas

Perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina dan mendapat suami baru yang mulia
 

 
 
 
 
 
 
49. Hilang rona kena penyakit,hilang bangsa tidak berwang

Orang yang tidak berharta kurang dihargai ramai
 

50. Hilang gelap timbul terang

Kesenangan yang muncul setelah menderita kesusahan
 

 
 
 
51. Hitam tahan tempa, putih tahan perah

Seseorang yang berani dan keras hati untuk melakukan sesuatu

 

53. Hujan berbalik ke langit

Orang yang ingin melawan pihak yang lebih tinggi daripadanya
 

52. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

Kehidupan yang tidak pernah lepas daripada senang dan susah
 

54. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri

Walau bagaimana makmur negeri orang, akan teringat juga tentang baiknya negeri sendiri
 

 
 
 
 
 
55. Hujan menimpa bumi

Anggota masyarakat tidak akan terlepas daripada hukuman ataupun menuruti adat istiadat  tempat kediamannya

 

57. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

Budi bahasa tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

 

56. Hujung lurus pangkal berkait

Orang yang manis pada percakapan tetapi mempunyai niat yang buruk

 

58. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh tiba pula

Hutang yang lama belum di bayar datang pula orang menagih hutang yang baru
 

 
 
 
 
 
59. Hutang sekeliling pinggang

Orang yang banyak  hutang
 

60. Hutang setiap helai bulu

Orang yang banyak  hutang