1. Gagak dimandikan tujuh kali sehari, tak akan ia menjadi putih

Seseorang yang biasa melakukan kejahatan, sukar membuang tabiat jahat walaupun dinasihati berulang kali

3. Gajah berak besar, kancilpun hendak berak besar

Seseorang yang berpendapatan kecil berbelanja seperti orang kaya dan akhirnya membinasakan diri sendiri

2. Gaharu dibakar kemenyan berbau

Seseorang yang suka membesarkan kelebihan diri sehinggakan percakapannya sukar dipercayai
 

4. Gajah seekor, dua gembala

Seseuatu pekerjaan yang hendak diselesaikan oleh dua orang ketua sehingga tidak menimbulkan persefahaman
 

 
 
5. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

Dua pihak atasan berselisih sesama sendiri sehingga mengakibatkan orang-orang di bawahnya merana
 

7. Gajah dan harimau dihutan hendak diburu, pepijat di bantal tak dapat diapakan

Seseorang yang cuba menyelasaikan masalah yang rumit di luar rumah sedangkan masalah kecil keluarganyapun tidak dapat diselesaikan
 

6. Gajah ditelan ular lidi

Orang besar dikalahkan oleh seseorang berjawatan rendah
 

8. Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama

Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak tetapi orang berjasa yang mati akan dikenang jasa dan namanya
 

 
 
9. Gajah berhati, kuman juga berhati

Orang miskin juga mempunyai kemahuan yang sama seperti orang kaya
 

10. Gajah rompong belalai

Raja yang telah hilang kekuasaannya
 

 
 
 
11. Gali lubang timbus lubang

Orang yang  membuat hutang yang baru kerana hendak menyelesaikan hutang lama
 

13. Garam dikulum tak akan hancur

Seseorang yang boleh menyimpan rahsia
 

12. Gagak bersuara murai

Seseorang yang mempunyai rupa yang hodoh  tetapi mempunyai percakapan yang lembut dan berbudi bahasa
 

14. Gantung tak bertali, salai tak berapi

Perempuan yang ditinggalkan suami tanpa cerai dan nafkah
 

 
 
 
 
 
15. Garam di laut asam di darat, dalam belanga bertemu jua

Kalau sudah jodoh, walaupun tinggal berjauhan akan dipertemukan jua oleh tuhan
 

17. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh hingga mendapat hasilnya
 

16. Gelang di tangan orang dirampas tak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang

Kerana hendak merampas kekayaan orang, hak sendiri yang sedikit pun hilang
 

18. Genggam tak tiris

Orang yang sangat bakhil
 

 
 
 
 
 
19. Gulai terlampau serai, maung rasanya

Orang yang bercakap berlebih-lebihan tidak baik padahnya
 

20. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali

Harta yang banyakpun boleh habis jika dibelanjakan setiap hari