1. Elok berarak hari panas

Seseorang yang berasa gembira kerana maksudnya telah tercapai
 

3. Embacang buruk kulit

Seseorang yang kelihatan bodoh tetapi sebenarnya adalah seorang yang pandai
 

2. Elok bahasa bekal hidup, elok budi bekal mati

Seseorang perlu berbudi bahasa semasa hidup agar disayangi dan akan dikenang apabila telah meninggal dunia kelak
 

4. Emas berpeti, kerbau berkandang

Harta benda perlu dijaga dengan sempurna mengikut keadaannya
 

 
 
 
 
5. Empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela

Orang bijaksana yang bertutur berlawanan maksud.
 

7. Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Memilih sahabat atau jodoh yang setaraf
 

6. Enau sebatang dua sigai

Isteri yang menduakan suaminya
 

8. Enggang lalu ranting patah

Orang jahat yang dituduh melakukan perbuatan buruk hanya secara kebetulan dia berada di tempat kejadian tersebut berlaku
 

 
 
 
 
9. Enau memanjat sigai

Perempuan yang memilih dan mencari calon suami dengan sendiri
 
 

10. Elok lenggang di tempat datar

Seseorang yang berasa gembira  kerana mendapat untung atau kerana maksudnya telah tercapai