1. Dada manusia tidak dapat diselam
 
Seseorang tidak dapat mengetahui dan membaca fikiran orang lain
      3. Dahulu disorak, kemudian ditohok
 
Menghebahkan pekerjaan seseorang yang belum tentu lagi jaya atau gagalnya
     2. Dahan pembaji batang
 
Seseorang yang mengorbankan tenaga dan harta semata-mata untuk faedah orang atasannya
4. Dahulukan yang dahulu merasa  garam
 
Orang muda perlu mendahulukan orang yang lebih tua  apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan
 
5.Dahulu helang pulau, sekarang burung pungguk
 
Seseorang yang dahulunya kaya telah menjadi miskin
7. Dalam kilat ada kilau
Seseorang yang kelihatan lembut dalam tutur kata tetapi ada menyimpan niat yang tidak baik atau percakapan seseorang yang bijak mempunyai hikmah di sebaliknya
6. Dahulu besi sekarang timah
 
Seseorang yang telah turun dari pangkatnya ataupun jatuh miskin
8. Dalam menyelam cetek bertimba
Tidak dapat hasil yang banyak, yang sedikitpun sudah memadai atau seseorang yang mempunyai azam yang kuat dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengira susah atau senang
 
9. Dapat puncanya, sampailah ke hujung
 
Keadaan orang yang bijak yang dapat membongkar segala rahsia apabila diberi sedikit  sahaja maklumat.
10. Dapat tebu rebah
 
Seseorang yang mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah

 
 
11. Dari cempedak baiklah nangka

Dapat sedikitpun memadailah daripada tidak dapat langsung
 

13. Dari semak ke belukar

Orang yang berkelakuan buruk menjadi semakin buruk
 

12. Daripada hidup bergelumang tahi, baiklah mati bertimbun bunga

Daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati dengan meninggalkan nama yang baik
 

14. Daripada daun kenal pohonnya

Laku perangai dan tutur kata dapat membayangkan asal keturunannya
 

 
 
 
 
15. Dari segenggam menjadi segantang

Perniagaan dengan modal yang kecil menghasilkan untung yang besar
 

17. Datar bagai lantai papan, licin bagai dinding cermin

Orang yang lurus dalam pekerjaannya sehingga  sukar untuk mencari kesalahannya
 

16. Datang nampak muka, pergi nampak belakang

Melakukan pekerjaan biarlah menurut peraturan atau sekiranya kita pergi ke suatu tempat dengan baik, kembalipun biarlah dengan baik
 

18. Daun nipah disangka daun labu

Orang yang kurang melakukan usul periksa sehingga berlaku salah faham
 

 
 
 
 
19. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

Akibat mendengar hasutan orang, kaum keluarga sendiri dimusuhi
 

20. Dengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Seseorang yang membuang atau menghabiskan apa yang  ada kerana mendengar bahawa  sesuatu yang besar akan  didapatinya, akhirnya akan menyesal kerana apa yang  dihajatkan tidak tercapai
 

 
 
 
21. Diam ubi berisi, diam besi berkarat

Orang yang pandai selalunya diam kerana mencari akal dan apabila berkata-kata akan mengeluarkan perkataan yang bernas tetapi orang yang bodoh jika berdiam akan bertambah kebodohannya
 
 

23. Diberi kuku hendak mencengkam

Seseorang yang baru mendapat kuasa sudah mula untuk menganiaya orang lain
 

22. Diapit tidak berpenyepit, ditambat tidak bertali

Isteri yang ditinggalkan tanpa lafaz cerai dan tanpa nafkah
 

24. Dibuat kerana Allah, menjadi bala Allah

Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik tetapi dipandang serong oleh orang lain
 

 
 
 
 
25. Diberi betis hendakkan paha

Seseorang yang telah diberi apa yang diminta tetapi berkehendakkan yang lebih banyak lagi
 

27. Dicukur-cukur, rambut tumbuh juga

Orang yang bertabiat jahat, jika diberi dinasihat sekalipun, lama kelamaan berbuat jahat kembali
 

26. Dibakar tak hangus

Orang yang sangat degil
 

28. Dihentak tak masuk, diumpil tak bergerak

Seseorang yang terlalu degil sehingga sukar untuk disuruh membuat sesuatu
 

 
 
 
 
29. Dikulum menjadi manikam, diludah menjadi sekam

Perkara yang difikirkan tidak elok diperkatakan lebih baik disimpan sahaja kerana ditakuti akan menimbulkan persengkitaan
 
 

30. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

Orang yang degil kerana tidak mendengar nasihat
 

 
 
 
 
31. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu

Orang yang hanya nampak baik pada zahirnya sahaja
 

33. Di mana api berpupuk, di situ asap keluar

Di mana terbit kesalahan, di situlah orang cuba menyelesaikannya
 

32. Dilihat pulut, ditanak berderai

Orang miskin yang berlagak seperti orang kaya
 

34. Di mana loceng berbunyi, di situ kerbau tinggal diam

Di mana negeri yang pemerintahannya baik, maka di situ rakyat tinggal tenang
 

 
 
 
 
35. Di mana padi masak, di aitu tekukur turun bermain

Jika seseorang mendapat kemewahan, maka di situlah berkumpulnya kaum kekuarganya duduk menumpang 
 

37. Di mana api padam, di sanalah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

Di mana tempat orang miskin atau orang dagang meninggal dunia, di situlah tempat dia dikebumikan
 

36. Di mana semut mati, kalau tidak di dalam gula

Banyak yang terpedaya dengan perkataan yang lemah lembut dan pujuk rayu
 

38. Dinding teretas, tangga terpasang

Sesuatu kejadian (kecurian) yang sudah cukup bukti keterangannya
 

 
 
 
 
39. Dipukul lutut sakit, direngkoh siku ngilu

Orang yang di dalam kebimbangan kerana kaum keluarganya tertuduh melakukan kesalahan yang hanya menanti hukuman
 

40. Dipujuk ia menangis, ditendang ia tertawa

Orang yang terlalu manja
 

 
 
41. Direndam tak basah, dijemur tak lekang

 Orang yang sangat degil
 
 

43. Disigai sampai ke langit

Sesuatu rahsia yang cuba dibongkar sedalam-dalamnya
 
 

42. Disangka langit itu rendah, dipandang dekat dicapai tak boleh

Menyangka sesuatu pekerjaan itu mudah untuk dilakukan, setelah dicuba barulah diketahui kepayahannya
 

44. Disuruh pergi dipanggil datang

Seseorang yang bekerja kerana menurut perintah sahaja
 

 
 
 
 
45. Ditumbuk  dikisar barulah lumat

Sesuatu kejayaan yang ingin dicapai memerlukan usaha gigih
 

47. Dua kali lima sepuluh

Bersamaan keadaan dan kelakuan
 

46. Ditiarap tak keluar, ditelentang tak masuk

Sesuatu perkara yang susah untuk mendapatkannya atau di dalam serba salah 
 
 

48. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang

Sesuatu perkara yang ingin diselesaikan bersendirian tentulah lebih sukar daripada diselesaikan beramai-ramai
 

 
 
 
 
49. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Mematuhi peraturan atau adat resam mana-mana tempat yang didiami
 

50. Diluah mati emak, ditelan mati bapa

Sesuatu yang serba salah untuk dilakukan