1. Cacing menelan naga

Orang kebanyakan yang memperisterikan seorang perempuan bangsawan
 

3. Cakap di bawah-bawah, mandi di olak-olak

Biarlah merendahkan diri dalam percakapan dan pergaulan
 

2. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar

Seseorang yang suka bercakap besar tetapi sebenarnya dia adalah seorang penakut
 

4. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Apabila berbicara tentang seseorang, eloklah diperhatikan tidak ada orang di sekeliling kita yang akan menyampaikan perkhabaran kepada orang yang dikatakan agar tidak timbul kekecohan
 

 
5. Cakap sejengkal dibawa sehasta

Percakapan yang kecil sering ditambah dan diperbesar-besarkan
 

7. Cari umbut kena ke buku

Seseorang yang sangat memilih barang yang baik akhirnya mendapat barang yang tidak berguna
 

6. Carik-carik bulu ayam, lama kelamaan bercantum juga

Perselisihan yang terjadi dalam keluarga akhirnya akan berbaik semula
 

8. Cekur jerangau  masih diubun-ubun

Seseorang yang masih mentah dan belum cukup ilmu pengetahuan
 

 
 
9. Celaka malang berayam, padi masak ke hutan

Sesuatu usaha yang dilakukan dengan susah payah akhirnya tidak sempat untuk menikmati hasilnya akibat sesuatu malapetaka

10. Cengkeling bagai ular dipalu

Sesuatu yang kelihatan  sungguh bengkang bengkok

 
 
 
11. Cendawan disesah

Orang yang kelihatan pucat lesi 
 

13. Cermat semasa banyak, jimat semasa sikit

Seseorang itu perlu berhati-hati menguruskan wangnya ketika senang  untuk masa  depannya
 

12. Cerai tak bertalak, nikah tak berkadi

Perhubungan jenis lelaki dan perempuan yang tidak sah
 

14. Cekel berhabis lapuk berteduh

Orang yang sangat bakhil pada jalan kebaikan 
 

 
 
 
 
 
 
 
15. Cincin emas tak akan padan bermatakan kaca

Gadis  cantik dan kaya raya  tidak padan dikahwinkan dengan orang miskin
 

17. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakit juga

Jika seseorang menyakiti kaum keluarga kita, kita juga akan terasa  disakiti bersama
 

16. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri

Melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar tetapi jika dibuat dengan bersungguh-sungguh akhirnya akan berjaya juga
 

18. Condong yang akan menimpa

Pekerjaan yang akan mendatangkan bahaya dan celaka
 

 
 
19. Condong diumpil, lemah dianduh

Memberi pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesempitan
 
 

20. Condong yang akan menongkat,rebah yang akan menegakkan

Orang tua atau ketua yang akan menolong susah payah anak buahnya