1. Badak memakan anak

Seseorang yang sanggup membunuh anaknya semata-mata kerana takut anaknya akan melebihi kedudukannya
 

3. Bagai aur ditarik songsang

Kesukaran untuk mengajak seseorang yang berlainan fahaman agar mengikut fahaman kita
 

2. Badan dua senyawa

Orang(suami isteri) yang berkasih saying dan sanggup sehidup semati
 

4. Bagai air titik ke batu

Pengajaran yang baik amat sukar untuk diterima oleh seseorang yang jahat
 


 
 
 
5. Bagai ayam bertelur diatas timbunan  padi

Seseorang yang menjadi senang kerana menumpang kesenangan orang lain
 

7. Bagai ayam mengeram telur

Tersangat elok dan berserinya muka seseorang gadis
 

6. Bagai ayam dimakan tungau

Seseorang yang kelihatan gelisah dan bermuram kerana sesuatu penyakit
 

8. Bagai  anjing melintang denai

Seseorang yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk kesombongannya
 


 
 
 
 
9. Bagai anjing beranak enam

Perempuan yang tersangat kurus selepas bersalin
 

10. Bagai anjing tersepit di pagar

Seseorang yang dalam keadan serba salah dan susah
 

 
 
11. Bagai aur dengan tebing
 

Saling tolong menolong di antara satu sama lain
 

13. Bagai emak mandul baru beranak

Terlalu gembira  kerana mendapat sesuatu yang diidam-idamkan

12. Bagai api dengan asap

Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan 
 

14. Bagai ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

Seseorang yang bercakap besar sedangkan diri dan keluarganya sendiri tidak terkawal

 
 
 
 
15. Bagai anai-anai bubus
 

Suatu kumpulan orang yang sangat ramai

17. Bagai anjing dengan kucing

Dua orang yang selalu berbantah dan tidak bersependapat

16. Bagai anak sepat ke tohor

Orang yang bermalas di tempat orang lain
 

18. Bagai air di daun keladi

Sesuatu yang tidak kekal lama seperti nasihat dan pengajaran yang tidak lekat lama

 
 
 
 
19. Bagai api di dalam sekam

Sesuatu yang berlaku dalam diam-diam
 

20. Bagai ayam mabuk tahi

Orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit

 
 
 
 
21. Bagai antan pencungkil duri

Melakukan perbuatan yang sia-sia
 

23. Bagai balam dengan ketitiran

Dua orang yang sentiasa tidak bermuafakat dan saling bermegah-megah

22. Bagai bajak wangkang makan diangkat

Orang yang suka dipuji
 
 

24. Bagai Belanda meminta tanah

Diberi sedikit, meminta lagi yang lebih banyak

 
 
 
 
25. Bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk dan yang tinggal hanyir

Keaiban  yang tertimpa pada kedua dua  belah pihak

27. Bagai belut diregang

Orang yang tinggi dan kurus atau orang yang sakit pinggang

26. Bagai beliung dengan asahan

Sangat akrab

28. Bagai belut digetir ekor

Berlari dengan cepat sekali

 
 
 
 
29. Bagai bulan empat belas hari

Cantik rupa paras seseorang perempuan

30. Bagai bulan dipagar bintang

Seorang perempuan yang cantik dikelilingi pula oleh pengiring-pengiringnya yang cantik 

 
 
31. Bagai bulan kesiangan

Muka yang pucat akibat sakit

33. Bagai buntal kembung

Orang yang sombong atau kemalasan orang yang sudah kenyang

32. Bagai langit dengan bumi

Perbezaan yang amat ketara

34. Bagai bersahabat dengan ular bisa

Berkawan dengan orang yang jahat yang akhirnya akan memusnahkah  diri kita

 
 
 
 
35. Bagai buah keras dalam sekol

Suasana heboh yang tidak tentu hujung pangkal
 

37. Bagai biawak mengulang bangkai

Orang jahat yang masih tetap mengulangi perbuatan jahatnya
 

36. Bagai bulan mengambang penuh

Keelokan rupa paras seseorang perempuan
 

38. Bagai berteh digoreng

Orang yang banyak bercakap
 

 
 
 
 
39. Bagai cupak hanyut

Orang susah yang terumbang-ambing kehidupannya
 
 

40. Bagai cembul dengan tudungnya

Sepadan dan secucuk atau orang berilmu yang mendapat teman yang sama pandai
 

 
 
41. Bagai dihentak alu luncung

Seseorang yang dikalahkan oleh orang yang bodoh
 

43. Bagai dihiris dengan sembilu

Cacian yang sangat tajam didengar
 

42. Bagai disalak anjing bertuah

Permintaan yang mesti dikabul segera
 

44. Bagai denai gajah lalu

Perkara yang besar tidak boleh disembunyikan atau menjadi rahsia
 

 
 
 
 
45. Bagai gergaji bermata dua

Orang yang bermuka-muka dan melaga-lagakan dua pihak yang bermusuh
 

47. Bagai gagak menggonggong telur

Lelaki  yang berwajah buruk mendapat pasangan hidup yang cantik
 

46. Bagai gadis julung bersubang

Orang miskin yang lupa akan keadaan dirinya setelah beroleh kesenangan

48. Bagai galah di tengah arus

Seseorang yang tidak berpendirian tetap

 
 
 
 
49. Bagai gelegar buluh

Bercakap besar tetapi tidak berisi

50. Bagai harimau beranak muda

Seseorang yang terlalu bengis