1. Ada padi semua jadi, ada beras semua deras

Jika perut selalu berisi(poket penuh), semua kerja dapat dijalankan dengan lancar
 

3. Adat muda  menanggung rindu, adat tua menahan ragam

Sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan perlulah dihadapi dengan tabah
 

2. Ada kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tak akan berbau

Jika ada ilmu setinggi mana sekalipun, tidak berguna jika tidak diajar dan digunakan.
 

4. Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung

Setiap pekerjaan perlulah menuruti peraturan-peraturan yang tertentu


 
 
 
 
5. Adat  bersendi syarak,syarak sendi adat

Segala perbuatan yang  hendak dilakukan perlulah bersandar   kepada syarak dan adat 

7. Ada batang cendawan tumbuh

Di mana juga kita bekerja pasti ada rezeki yang telah ditentukan

6. Adakah mengalir air yang keruh dari telaga yang jernih?

Tidaklah patut orang- orang yang berakhlak tinggi melakukan perbuatan yang buruk

8. Adakah buaya menolak bangkai?

Seseorang yang biasa melakukan perkara yang buruk sukar untuk  melepaskan tabiat lamanya


 
 
 
 
9. Ada ubi ada batasnya

Sesuatu perbuatan yang baik atau buruk pasti akan ada balasannya

 
10. Adat lurah timbunan sampah

Seseorang yang lemah dan tidak berupaya sering ditimpakan dengan pelbagai kesalahan


 
 
11. Adat pasang turun naik

Rezeki, kedudukan atau kekayaan seseorang itu biasanya tidak akan kekal

 

13. Ada sampan, hendak berenang pula

Orang yang sudah mempunyai cara yang mudah untuk menyelasaikan masalah, sengaja menggunakan cara yang sukar

12. Ada rotan adalah duri

Jika ada kesenangan maka adalah kesusahannya

14. Ada sireh hendakkan sepah

Orang yang sudah mempunyai barang yang baik berkehendakkan barang yang lebih baik lagi


 
 
15. Adat teluk timbunan kapar

Orang yang memegang jawatan yang tinggi perlu memikul beban tugas yang lebih besar
 

17. Ada umpan adakah ikan?

Adakah kita akan mendapat  segalanya apabila kita mempunyai harta kekayaan?
 

16. Ada wang cik abang sayang, tiada wang cik abang terajang

Ramai yang suka kepada kita ketika kita senang tetapi apabila kita susah tidak ada sesiapa yang menghiraukan kita
 

18. Ada bau adalah bangkai

Khabar-khabar angin yang tidak betul sudah tentu disampaikan oleh orang yang tidak baik
 


 
 
 
19. Ada nasi adalah kerak

Sesuatu kejadian yang berlaku sudah tentu ada yang melakukannya

20. Ada padi adalah pipit

Di mana sahaja negeri yang makmur, tentu ramai orang akan datang untuk mencari rezeki


 
 
 
 
21. Ada bukit adalah paya

Taraf kehidupan manusia sentiasa ada yang kaya dan ada yang miskin

 
23. Ada ulam hendakkan sambalnya

Setiap kejadian mempunyai pasangan dan berkehendakkan pasangan masing-masing

22. Adakah  sama air hujan dengan air telaga?

Taraf seseorang yang berpangkat tinggi tidak sama dengan yang berpangkat rendah

24. Ada persembahan adalah kurnia

Pemberian kepada seseorang yang berbudi bahasa sentiasa ada balasannya


 
 
 
25. Ada tangga hendak memanjat tiang pula

Sesuatu perbuatan yang bodoh kerana meninggalkan jalan yang senang dan mengikut jalan yang sukar

27. Agih-agih kongkang

Seseorang yang sangat pemurah, memberi semua bahagiannya sehingga tiada apa lagi yang tinggal untuknya

26. Ada jarum hendakkan benangnya

Setiap kejadian mempunyai pasangan dan berkehendakkan pasangan masing-masing

28. Ajak-ajak ayam

Mempelawa sesuatu perkara dengan tidak bersungguh-sungguh 


 
 
 
29. Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut

Seseorang yang mempunyai perangai yang buruk yang gemar menipu orang

30. Alah bisa tegal biasa

Sesuatu perkara yang sukar tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan melakukannya akhirnya menjadi mudah 


 
 
 
 
31. Akal akar berpulas tak patah

Orang cerdik yang tidak pernah kehabisan idea dalam sesuatu perdebatan

33. Alang berjawat, tepuk berbalas
 

Setiap perbuatan ada balasannya, baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat

32. Alah pinta dibuat sempena

Jangan meminta pertolongan lagi kepada orang yang sememangnya  tidak mahu menghulurkan pertolongan kepada kita
 

34. Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan

Membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
 


 
 
 
 
 
35. Alim yang bakhil ilmunya seumpama senjata yang berkarat di dalam sarungnya, sijahil yang enggan belajar seumpama sibuta malu bertongkat

Sia-sia sahaja orang berilmu yang tidak mahu menunjuk ajar orang lain dan orang yang malas belajar pula hanya akan membahayakan diri sendiri

37. Ambil pati buang hampas

Ambillah pengajaran yang diperolehi daripada nasihat orang yang pandai

36. Alang-alang mandi biar basah

Membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh

38. Amra jangan disangka kedondong

Sebelum dicuba sesuatu , janganlah menyangka ia buruk hanya kerana rupanya buruk

 
 
 
 
39. Antan patah lesungpun hilang

Seseorang yang ditimpa kemalangan berulang-ulang

40. Angguk bukan geleng ia

Lain yang dicakap tapi lain dihati
 


 
 
 
 
41. Anak baik menantu molek

Seseorang yang beroleh keuntungan yang berlipat ganda

43. Anjing galak babi berani

Pergaduhan di antara dua orang yang sama handal

42. Anak sendiri disayang, anak orang dibengkeng

Orang yang tidak berlaku adil, sekiranya orang lain disalahkan tetapi jika keluarga sendiri dibiarkan sahaja

44. Anak anjing bolehkah menjadi anak musang jebat?

Orang yang hina tidak boleh mendapat martabat yang tinggi


 
 
 
 
45. Anjing mengulangi bangkai

Lelaki jahat yang sering mengunjungi perempuan jahat

47. Anjing diberi makan nasi, bilakan kenyang

Perbuatan sia-sia membuat baik atau memberi nasihat kepada orang jahat

46. Anjing itu jika dipukul  sekalipun akan berulang  juga ke tempat yang banyak tulang

Orang jahat yang tamak dan tidak pernah malu akan nama buruknya

48. Anjing ditepuk menjongket ekor

Orang yang tiada berbudi sekiranya dihormati akan menjadi sombong


 
 
 
 
49. Anjing buruk kepala
 
 

Orang jahat yang sudah diketahui ramai kejahatannya

50. Anjing itu jika dirantai dengan rantai emas sekalipun akan kembali semula ke tempat najis

Orang yang bertabiat jahat, jika dinasihati sekalipun tidak akan berubah sikapnya